27 February 2009

Dua Golongan yang akan Menjadi Penghuni Neraka

Ertinya,

Daripada Abu Hurairah RA berkata:

Rasulullah SAW bersabda:
"Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang­ lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya."- Riwayat Muslim
Kebenaran sabdaan Rasulullah SAW ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba.

Dan banyak PEREMPUAN YANG BERPAKAIAN TETAPI BERTELANJANG. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana walau pun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Atau pun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti gob unta.

Kedua-dua golongan ini TIDAK AKAN MASUK KE DALAM SYURGA dan TIDAK DAPAT MENCIUM BAU WANGINYA, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.

Pakaian yang nipis dan jarang sehingga
menampakkan pakaian dalam dan bentuk badan.

Silap orang Islam zaman sekarang; Niat hendak beribadat atau
beramal baik tetapi caranya salah
.

InsyaAllah dengan berkat keinsafan kita, dapat kita mengambil iktibar dengan kejadian masa kini, mudah-mudahan ia membawa petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.

Wallahualam

Renung-renungkan & selamat beramal!

Info: 40 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman ini dipetik dari buku yang telah di susun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam) untuk renungan kita bersama.

2 comments:

Anonymous said...

na'uzubillah..
semoga kita dilindungi Allah..
daripada melakukan larangannya..

ayaharith said...

matlamat tidak menghalalkan cara~

"wahai Tuhan, jauhkan aku dari yang demikian"

salam mujahadah=)