Alhamdulillah, lega benar hati ini rasanya. Manakan tidak, pelbagai halangan dan cabaran telah dihadapi selama menjalani 17 bulan Program Persediaan DUT (Diplôme universitaire de Technologie) di MFI, satu persatu saya harungi dan lepasi dengan penuh kekuatan dan keazaman. Perjalanan menuju destinasi makin pendek, impian yang diimpikan makin dekat untuk dicapai, insyaallah. Bersyukur kepada-Nya kerana masih diberikan keizinan oleh-Nya untuk terus berada di sini sampai ke hari ini.
Hari ini merupakan hari pertama interview untuk kelas E2 dan M2 bagi memilih bidang pengkhususan dan IUT (Instituts Universitaire de Technologie) pilihan masing-masing di Perancis untuk menyambung pelajaran di sana kelak. Pelajar electrical, E2 termasuklah saya diberi dua pilihan untuk dipilih iaitu DUT GEII (Génie Electrique et Informatique Industrielle) di IUT Nice Côte d'Azur atau R&T (Réseaux et Télécommunications) di IUT Sophia Antipolis. Pelajar mechanical, M2 pula diberi pilihan untuk menyambung pelajaran di IUT Aix-en-Provence atau di IUT Toulon untuk DUT GMP (Génie Mécanique et Productique).
Saya tidaklah begitu terlalu menekankan dan membandingkan perbezaan antara dua pilihan tersebut. Saya tidak ambil peduli sangat IUT mana saya akan ditempatkan kelak. Saya tidak ambil peduli sangat pun pasal tempat mana yang lebih cantik. Saya memilih DUT R&T pun kerana naluri lelaki dan hati saya lebih bias kepada pilihan tersebut. Tambahan pula, R&T merupakan suatu cabang kejuruteraan elektrikal yang menjurus kepada bidang dan telekom (networks & telecommunication) yang banyak melibatkan pengaplikasian komputer dan internet yang mana komputer dan internet ini adalah dua item yang amat sinonim dan paling dekat dengan diri saya.
Interview berjalan lancar dan yang paling menggembirakan saya, dua panel penemuramah iaitu Monsieur Olivier dan Madame Claire, masing-masing seorang dari IUT Nice Côte d'Azur dan IUT Sophia Antipolis, berpuas hati dan memberikan respon yang positif terhadap penjelasan dan hujah yang telah saya berikan. Alhamdulillah, nampak gayanya tempat untuk dituju sudah terjamin. Semuanya sudah hampir selesai, yang tinggal hanyalah perlu berusaha keras untuk mendapatkan moyen sekurang-kurang lebih dari 9/20 untuk mencukupkan syarat fly ke Perancis. Insyaallah dengan usaha keras, doa semua orang dan tawakkal saya kepada-Nya, dapatlah saya akhirnya berangkat ke Perancis pada 13 ataupun 14 April nanti.
Semoga semuanya menjadi kenyataan, amin...


5 comments:
20 april jgn lupe ye
20 april?? besday brader ek ;-)
salam.waaaaaaaaaaaaa dah letak gambar.menarik2
hehe, aku dapat Aix la, prog Aix tu asyik minta aku pergi Aix je, Fabien pun macam tu.hehe
ok selamat ke R&T :)
ko dpt Aix ek? tahniah2 =) aix dkt jek dgn nice kn? leh r slalu ziarah mnziarah. cewahhh.. ckp mcm dh k0npem dpt pegi, pdhal l0m tntu lg. huhu..
salam
humm.yang tempat tu, bukan aku sebenarnya yang pilih, Fabien dengan Eric tu yang bagi nasihat utnuk aku ke Aix.
Aduh, aku mula2 nak buat Toulon. Tapi dierang asyik suruh aku pilih Aix, humm aku tak dapat nak bangkang. Aku rasa rezeki aku kat Aix kot, sebab mereka betul2 nak aku minta Aix. Fabien lagi la, siap kata yang aku akan lagi cemerlang dekat Aix.
Humm. untuk cerita lanjut, bukak blog aku ye :)
Post a Comment