09 February 2009

Bernasib Malang

Dalam minggu yang lepas, ada beberapa peristiwa atau insiden menarik telah berlaku dan pada hemat saya amat menarik untuk saya kongsikan bersama sahabat-sahabat dan sidang pembaca sekalian.

1. Dimarahi pensyarah kerana memegang lolipop

Perjalanan kelas tutorial elektrik pada pagi Jumaat itu berjalan seperti biasa. "Tableau de Karnaugh" menjadi tajuk perbincangan kami, kelas E1 dan E2. Pada suatu saat ketika Monsieur Mahmood (pensyarah elektrik) sedang asyik bercakap di hadapan, saya teringat akan lolipop yang saya telah saya beli pada hari sebelumnya berada dalam kocek seluar saya. Lolipop itu saya keluarkan dari kocek dan saya pegang. Tika saat itu, kelas masih berjalan dengan lancar. Bila saat saya letakkan kedua-dua belah tangan saya di bawah meja, saya kira di situlah bermulanya saat yang paling buruk dalam sejarah pengajian saya selama saya berada di MFI.

"Put your hands on the table!", kata Mr. Mahmood. (Sebenarnya cakap dalam francais).

Saya terkejut dan terkaku sebentar. Setiap pasang mata manusia dalam kelas A 207 pada pagi itu tepat melihat ke arah saya. Entah kenapa reaksi saya agak lambat, beberapa saat diperlukan untuk mengalihkan tangan ke atas meja. Mungkin sebab terkejut, ditambah pula dimarahi dalam bahasa Perancis, mengambil sedikit masa untuk memahami pertuturannya. Huhu..

Tangan sebelah kanan terus diletakkan di atas meja, sebelah kirinya masih di bawah meja memegang lolipop.

"You think I'm so stupid?! I can see everything from here, boy."

Cepat-cepat saya angkat tangan kiri ke atas meja, lolipop pula saya tinggalkan di atas paha. Melihatkan kedua-dua belah tangan saya sudah berada di atas meja, Mr. Mahmood menyambung semula pengajarannya. Lega, nasib baik dia tak membebel atau berleter panjang. Kelas kembali normal namun saya masih 'trauma'. Saya tersenyum-senyum malu sendirian. Aduh, malu bangat dibuatnya.

Saya suka lolipop. Lolipop juga suka sama saya.
Apa salah kami? Huhu..

Apakah salah saya? Saya hanya memegang lolipop,
bukan menghisapnya.


2. Diperlekeh melakukan kerja amal

Pada malam Sabtu, hari Jumaat, Haziq dan Faiz mengajak saya menyertai mereka menolong Abang Rusto dan Abang Azli memasang banner di Stadium Bangi, Seksyen 15 Bandar Baru Bangi sempena perhimpunan “Save Gaza” yang akan diadakan di sana pada malam Ahad, hari Sabtu.

Sambil menunggu ketibaan Abang Rusto dan Abang Azli datang menjemput kami di rumah, kami menonton televisyen dengan rakan-rakan rumah yang lain. Dengan tidak semena-mena, datang seorang hamba Allah dari kalangan kami dating dan berkata kepada Haziq, "Jomlah main Counter Strike. Takyah la pergi pasang banner tu. Bukannya dapat upah pun".

Astaghfirullahalazim. Terkejut saya dibuatnya sampaikan terkelu lidah ini. Dia tidak pula saya marahi tapi dalam hati ini, memang saya cukup marah dan kecewa dengan si hamba Allah ini. Bila bercakap tentang isu Palestin, kekejaman Yahudi atau memboikot barangan Israel dan Amerika Syarikat, dialah yang paling bersemangat dalam kalangan kami. Tapi bila hendak menolong memasang banner, lain pula ceritanya. Bagi kami, inilah antara usaha yang dapat kami dapat lakukan di Malaysia dalam memberi sumbangan membantu penderitaan rakyat Palestin di Gaza. Mengapa kerja amal sebegini rupa hendak dihalang pula?

Sebagai sahabat serumah, yang paling mengecewakan saya adalah bila mana dia memperlekehkan kerja amal yang kami hendak lakukan tidak dibalas dengan upah atau apa-apa ganjaran. Kami buat semua ini ikhlas semata-mata kerana Allah SWT. Kami tidak mengharapkan apa-apa balasan dunia daripada manusia selain keredhaan daripada Allah SWT sahaja. Itulah yang paling penting bagi kami.

Firman Allah SWT dalam surah At-Taubah, ayat ke-111:

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan balasan bahawa mereka akan beroleh Syurga, disebabkan mereka berjuang pada jalan Allah maka antara mereka ada yang membunuh dan terbunuh. Balasan Syurga yang demikian ialah sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam kitab-kitab Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan ketahuilah bahawa jual-beli yang seperti itu ialah kemenangan yang besar.”
Tidak kiralah bagaimana sekalipun bentuk atau kecil besarnya sesuatu sumbangan atau amal kebajikan yang hendak dibuat tetapi janji Allah SWT seperti di ataslah menjadi pendokong kuat kami selama ini dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

3. Kekalahan paling teruk dalam sejarah

Kami telah menyertai sebuah kejohanan futsal yang telah berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi pada Sabtu, 7 haribulan dalam kategori terbuka. Dalam peringkat kumpulan, kami tewas ketiga-tiga perlawanan. Sebagai penjaga gol pasukan Villa FC, saya kecewa dibolosi sebanyak 6 gol dan tidak dapat melihat rakan-rakan di bahagian serangan menjaringkan sebarang gol melainkan Omar yang menjaringkan satu gol sendiri. Haha~

Berbanding dengan penyertaan pertama kami dalam suatu kejohanan futsal di Bangi ini juga, pada 2 tahun yang lepas, kami telah layak hingga ke peringkat suku akhir. Menyedihkan dalam penyertaan kali ini kami tidak dapat mara lebih jauh. Tapi tak apalah, kami redha dan pasrah. Huhu.. Next time la pula try lagi...

Saat cemas ketika hampir dibolosi lagi.

Goalkeeper bergaya lebih, bolos pun lebih juga. Haha~

Sekian, wallahualam.

4 comments:

Anonymous said...

Sekadar ingat mengingatkan. Sambil berblog, jangan lupa selalu berdoa untuk saudara kita di Palestin. Doa Qunut Nazilah

“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”
Sumber: JAKIM
View Profile: Rantong

Ismi Ali said...

syukran la ka ats peringatan itu. sesungguhnya manusia itu stiasa dlm kelalaian.

rafizzi said...

salam
ya ALLAH
banyaknya cabaran...
yang klakarnya perihal lolipop!
huhu
ohhh tableau de karneau..
sangatlah dipraktikkan dalam byk subjek.. kena fhm betul² ye...

Ismi Ali said...

tableau de karnaugh..skrg tgh blaja, praktikal psl nie la. alhamdulillah, OK la, xde prob lg..bl0m diuji dgn test lg. hehe~