ALI HASSAN BIN MAHMUDAduh, kacau bilau jiwa dan runsing kepala ini dibuatnya selepas menerima panggilan rasmi daripada Biro Tatanegara (BTN), Jabatan Perdana Menteri yang memanggil saya untuk menghadiri Kursus Kenegaraan Pelajar Tajaan MARA seperti yang tertera di atas.
NO 2 BANGUNAN SEDC
JALAN KELANTAN BATU ENAM
21200 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU
Saudara/Saudari,
KURSUS KENEGARAAN PELAJAR TAJAAN MARA (IJAZAH PERTAMA)
TARIKH : 2 HINGGA 6 MAC 2009
TEMPAT : KEM BINA NEGARA MERU, KLANG, SELANGOR
Perkara di atas dengan segala hormatnya dirujuk.
Ada beberapa perkara yang cukup membuatkan diri ini sentiasa tidak berasa senang duduk ataupun tidak merasa 'selesa' dengan kursus tersebut. Hati bercampur-baur sekali. Ada perasaan excited hendak menghadirinya dan tidak kurang juga perasaan berat hati sekali untuk menghadiri kursus tersebut kerana ia diadakan semasa cuti pertengahan semester keempat dan juga hanya 2 minggu sebelum final. Perasaan hasad dengki mula membibit dalam jiwa yang lemah ini terhadap rakan-rakan seprogram dari JPA yang tidak terlibat sama dengan kursus ini. Dapatlah mereka bercuti dengan gembira, memanfaatkan sebahagian besar masa cuti dengan persiapan untuk menghadapi l'examen final. Kami? Kehidupan yang agak menyeksakan bakal menanti kami di sana.
Perkara yang paling membuatkan saya begitu teruja dan juga bimbang tentang kursus ini adalah kerana saya telah mendengar pelbagai bentuk dan versi pandangan atau pendapat, baik pujian mahupun kutukan mengenai kursus ini tetapi hampir kesemua individu yang pernah menghadiri kursus BTN ini, mereka mengatakan bahawa banyak 'penyelewengan' dalam kursus tersebut dan mereka tidak bersetuju dengan beberapa pengisian dalam kursus BTN ini kerana beberapa sebab, antaranya:
1. Peserta kursus di'brain-wash' teruk melalui ceramah-ceramah kenegaraan.
2. Banyak fakta sejarah dipesongkan.
3. Isu perkauman kuat dimainkan dalam ceramah.
4. Disalahgunakan pihak sesetengah sebagai pentas memainkan isu politik secara melampau.
Di atas hanyalah sebahagian kecil daripada banyak-banyak pandangan dari mereka yang pernah terlibat dengan kursus BTN ini. Mungkin banyak lagi pandangan atau ulasan yang sangat menarik yang masih tidak diketahui kebanyakan umum.
Ada juga beberapa perkara yang agak membimbangkan saya, yang saya fikir kalau dilakukan saya dalam kursus tersebut kelak, mungkin kontroversi akan timbul dan konspirasi menjatuhkan saya juga boleh berlaku. Antaranya:
1. Kalau ada fasilitator atau penceramah yang menyeleweng atau menyimpang jauh (memberitahu maklumat yang salah, mencetuskan sentimen perkauman, mengutuk golongan ulama etc), adakah saya patut membangkang ataupun mendiamkan diri sahaja? Kalau diikutkan, saya memang excited sedikit dalam hal-hal membangkang ni. Boleh saja menjadi pembangkang. Hehe..
Saya diberitahu bahawa orang yang membangkang atau bukan sekutu mereka (penceramah, fasilitator etc) akan di'blacklist'kan, dicop dan bakal ditimpa 'musibah'. Tidak kurangnya juga yang mengatakan bahawa ianya hanya propaganda yang dimainkan oleh pihak tertentu untuk menakutkan peserta daripada melawan sebaliknya hanya mengikut rentak tari mereka sahaja. Tiada apa-apa pun tindakan yang dapat dilakukan oleh mereka yang 'menyeleweng' ini. Emm, bila difikir-fikirkan semula, adakah terdapat kes yang mana biasiswa pelajar akan ditarik balik gara-gara permainan kotor ini?
2. Adakah penglibatan kita dalam LDK atau aktiviti seangkatan dengannya akan diberikan pemarkahan? Saya juga diberitahu pada akhir kursus nanti, peserta akan menduduki satu peperiksaan. Yang dibimbangkan adalah adakah keputusan peperiksaan ini bakal mempengaruhi keputusan akhir dalam pengajian persediaan saya?
Macam-macam yang yang telah saya dengar mengenai kursus BTN ini. Bagi saya, cara yang terbaik adalah saya mengambil teladan dari semua pandangan tersebut dari aspek yang positif. Saya berusaha untuk bersedia dari mental dan fizikal untuk menghadiri kursus tersebut dari sekarang dan bersedia menghadapi segala macam bentuk cabaran yang bakal ditempuhi kelak.
Kepada sahabat-sahabat Muslimin ataupun Muslimat yang mempunyai pengalaman menarik atau nasihat yang ingin diberikan kepada saya, ianya amatlah dialu-alukan semoga ia akan memberi manfaat yang berguna bukan sahaja kepada saya bahkan mungkin sahabat saya yang lain yang bakal mengikuti kursus BTN tersebut bersama saya kelak, pada 2-6 Mac.
Nampak gayanya, banyak benda yang perlu saya lakukan sebelum berangkat ke kursus tersebut. Saya harus menyiapkan terlebih dahulu semua devoirs dan assignments yang telah diberikan serta melakukan persiapan untuk l'examen final dalam kadar yang termampu. Sudah pasti minggu ini minggu yang sangat sibuk, tidak jauh bezanya seperti minggu lepas di mana saya terpaksa bekerja siang dan malam, tidur selama 2-3 jam sehari semata-mata kerana ingin menyempurnakan tugasan secepat mungkin. Aduh, penatnya.
Ya Allah, berikanlah hamba-Mu ini kekuatan dan permudahkanlah urusan sehari-hari aku ni, Ya Allah. Amin...
5 comments:
slm ali :)
selmt ber'btn'. .hehe
i've been thru this this last year,
n don't be too scared or anxious bout this. its just a requirement for us, n for u especially cuz u're studying abroad soon ;)
there gonna b lots of 'ceramah'.
about this, i'm not sure how bias is it but yep, its true dat lots of issues were brought out and it still affects me now, i can still remember some of it. :)
during my time,i just listened to it and i admit that i don't really know about these things at that time compared to u i guess *^-^*.
so, i thnk u better just go, and listen and it's up to you to agree with it or not. what i can say, my friends and i have different perception about many things after the talks cuz they touched lots of stuffs.
whatever it is, seize the opportunity cuz i tink it's fun to be there. to me, i learn more and thats what important.
i have the same feelings like u before going there. but u wont feel like leaving at the end. most people agreed with that including my lectrrs. ;)
n about the exam, i'm not sure about this. i din sit for any but i dunno for you, perhaps yes for u r soon 2 b away from Msia.. huhu :)
so, wishing u gudluck and ol d best! :D
actly xcited nk jd 'pembangkang' ni. tp takut kne pe2 'natijah' la nti. huhu.. tp relax+cool, layan jelah nti. x ris0 sgt pn, saja bkin gmpak. h0ho~ nwy, thanx 4 all! :)
salam pengenalan
kalo ada masa
gi ke blog den
http://addinlove.blogspot.com/
looh
yg ni mmg xstuju
p dlu
n baru tau caMne btn
dlu owng ckp2 gak teruknya btn
dah p
bese je
lebih kepada perpaduan kaum
ok la 2
tapi klu kene basuh
naseb la
cume xde la dieorg nak hina ulama ke ape
mase tanye spe tokoh peribadi
slamber je jwb to guru
ok je
hoho
jgn hargdcore sngt
nanty xdpt fly
heehee
alhamdulillah, br blk dr BTN. mmg puah ati, gembira sgt. njoy sgt2 kt sana. mula2 rasa cm berat ati jek nk duk 5 ari kt sana tp bla dh abih BTN, cm windu plak.
x hardcore sgt pn. jd ank buah kesygn fasi2 lg. hehe =)
Post a Comment