16 January 2009

Umat Islam Mengikuti Langkah-langkah Yahudi dan Nasrani

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Tidak sekali-kali orang Yahudi dan Nasrani meredhai kamu sehinggalah kamu mengikut cara hidup mereka". ( Al Baqarah: 120)
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri RA berkata, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
"Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka."

Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?"

Nabi SAW menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka".

(Riwayat Muslim)
Umat Islam akan mengikut jejak langkah ataupun cara hidup orang-orang Yahudi dan Nasrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak munasabah.

Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nasrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekali pun, orang Islam akan terus mengikuti mereka.

Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah SAw ini. Banyak orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru cara hidup Yahudi dan Nasrani samada mereka sedar atau tidak.

Banyak orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nasrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.

Keganasan dan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel ke atas saudara kita di Gaza sekarang ini telah menyebabkan kemarahan seluruh umat manusia yang mahukan keamanan.

Umat Islam mula melancarkan boikot terhadap barangan Israel dan sekutunya, Amerika Syarikat.

Tapi yang menjadi persoalannya, adakah kita sanggup dan mempunyai kekuatan untuk menyahut seruan ini?

Kita marah akan Israel dan Amerika kerana mengganas di Gaza tetapi berapa banyak dari kita yang tidak meninggalkan cara hidup kita yang lebih banyak bercirikan cara hidup orang-orang Yahudi dan Nasrani?

Fikir-fikirkan dan selamat beramal!

Ya Allah! Selamatkanlah kami daripada mereka.

Wallahualam

No comments: