Alhamdulillah, pada kira-kira pukul 5.30 pagi tadi, saya selamat menjejak kaki di Bandar Baru Bangi. Faravila yang sudah hampir sebulan setengah saya tinggalkan, dicemar duli juga akhirnya. Housemates yang terpisah buat sementara dapat juga saya temui tapi malangnya, mereka semua sedang asyik dibuai mimpi ketika saya melangkah masuk ke dalam rumah.
Huhu..Hari ini, tiada aktiviti yang 'special' dalam perancangan saya. Hanya melepak di rumah, membasuh dan mengemas pakaian serta bilik. Tengah hari tadi pun saya tiada selera untuk makan. Entah kenapa agaknya, saya pun tidak tahu. Mungkin kerana tidak dapat menjamah makanan masakan Ummi lagi agaknya. Huhu..
12hb. Januari, Isnin nanti, insyaAllah saya akan kembali memulakan pengajian DUT saya di uniKL MFI untuk semester keempat yang juga merupakan semester terakhir saya. Semester ketiga yang lepas, keputusannya sudahpun diketahui. Alhamdulillah, saya memperoleh 10.07, moyen 'nyawa-nyawa ikan'. Walaupun mencapai tahap lulus, namun ia masih tidak memuaskan hati saya.
InsyaAllah, saya akan berusaha lebih kuat lagi untuk semester terakhir ini. Saya mensasarkan mendapat moyen lebih daripada 12. Dengan iringan doa sahabat-sahabat Muslimin dan Muslimat, keluarga dan doa dari saya sendiri, insyaAllah pengajian kali ini dapat ditempuhi dengan lancar dan keputusan yang lebih baik akan diperoleh.
14hb. Januari nanti juga saya akan menyambut hari jadi yang ke-19. Tidak saya sangka, kini saya hampir mencecah usia 19 tahun. Kalau mengimbas kembali hidup saya selama 18 tahun ini, tidaklah banyak sumbangan saya terhadap keluarga, masyarakat, negara Malaysia dan agama Islam.
Moga-moga Allah s.w.t. menetapkan hati saya dalam agama-Nya. Sesungguhnya hanya hidup di bawah naungan nur Islam sahajalah diri yang kerdil ini mendapat kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
RAHMAT NAUNGAN ISLAM
Allah ciptakan syariat ini dan Allah mengutuskan Rasul-Nya adalah sebagai bukti kasih sayang-Nya kepada seluruh manusia. Allah berfirman:
“Tidaklah Kami mengutus engkau kecuali sebagai rahmat bagi seluruh alam.” (Al-Anbiya: 107)
Ayat ini menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. diutuskan untuk membawa rahmat kepada seluruh alam. Antara rahmat yang dibawa oleh junjungan besar Nabi s.a.w. ialah:
Pertama, rahmat dan keindahan akidah serta syariah Islamiah yang memandu kehidupan manusia sehingga manusia mampu menikmati kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
Kedua, rahmat dan keindahan akhlak yang bertunjangkan keindahan dan keunggulan keperibadian Rasulullah s.a.w. yang mana dengan menterjemahkan nilai-nilai akhlak itu dalam menjalani kehidupan, pasti keindahan dan rahmat Islam akan memberi sinar kebahagiaan dan ketenangan hidup berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.
Ketiga, rahmat yang diajarkan Islam dengan pemupukan nilai persaudaraan yang memancarkan nilai kasih sayang, persefahaman, bermuafakat dan bersatu padu.
Indahnya Islam kerana tidak menyukai hidup bersengketa dan bermusuhan. Indahnya Islam kerana membenci kehidupan yang bercalar dengan hasad dengki, fitnah memfitnah, berprasangka dan saling berdendam.
Keempat, rahmat dan indahnya Islam kerana menganjurkan nilai kemanusiaan sesama insan dengan saling hormat menghormati, bertoleransi dan memelihara hak masing-masing, baik yang Muslim mahupun bukan Muslim. Rahmat kasih dan nilai ihsan juga dapat dirasai oleh makhluk Allah yang lain seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan dan alam sekitar. Menunaikan hak dan tanggungjawab sebagai manusia Muslim, maka tidak berlakulah penganiayaan ke atas alam Bumi ini.
BERSYUKURLAH
Oleh itu marilah bersama-sama kita bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana dijadikan di dunia ini sebagai seorang Muslim dengan menghayati keindahan Islam dengan mengamalkan segala ajarannya yang terpancar menerusi al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w..
Marilah kita merenung kembali firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam." (Al-An'aam: 162)
Keindahan Islam dinikmati kerana kita berpegang dengan akidah, menjalani hidup berpandukan syariah dan bergaul sesama insan dengan akhlak Islamiah yang indah seperti menjaga hak saudara dan berkasih sayang serta hormat menghormati.
Semoga tahun 1430 hijriah dan 2009 masihi kali ini lebih baik dari tahun-tahun yang lepas dan menjadi antara tahun yang terbaik dalam hidup kita semua, amiiin...

No comments:
Post a Comment