01 January 2009

Ahlan Wasahlan 1430 Hijriyah dan 2009 Masihi

Alhamdulillah, setelah hampir dua minggu tidak dapat menulis untuk blog saya, saya diberikan kekuatan & kesempatan oleh-Nya semula untuk menyambung penulisan di blog ini. Saya ingin meminta maaf daripada sahabat-sahabat sekiranya saya ‘hilang’ tanpa memaklumkan kepada antum. Sebenarnya saya baru pulang dari menyertai Program Jalinan Ukwah (PJU) dan bercuti bersama keluarga di Indonesia. Sehingga hari ini baru saya berpeluang untuk kembali menulis.

Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 1430 Hijriah & 2009 Masihi. Semoga tahun baru ini menjadi antara tahun yang terbaik dalam hidup kita, insyaAllah.

“Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.”

1 comment:

aya hidayah said...

salam..hye~

bdk perfect score sbp 2006 kan?