28 May 2011

Hidayah untuk Hatimu

Kerana Allah Maha Penyayang, maka dikurniakan kepada hamba-Nya hidayah. Kerana Allah Maha Berkuasa, maka diberikan kekuatan kepada hamba-Nya untuk berhijrah.

Hidayah, petunjuk untuk lebih mengenali dan mencintai Islam dan Allah ada di mana-mana sahaja, baik di bumi mahupun di langit. Barangsiapa yang berkehendak kepadanya, maka hanya dialah yang paling layak diberikan hidayah daripada Allah.

Hijrah, peralihan dari apa yang kurang baik kepada apa yang lebih baik, bukannya hanya berlaku ketika awal tahun baru hijrah, tapi sebenarnya berlaku pada sepanjang masa dan bila-bila masa.

Hidayah dan hijrah, itulah antara kurniaan terbesar daripada-Nya supaya hamba-Nya berkemahuan tinggi dan mempunyai kekuatan untuk memilih jalan kebaikan dan meninggalkan jalan kebinasaan.


Bob Lokman


Sham Kamikaze


Akhil Hayy


Damian VE


Iwan


Al-Mawlid

Dalam kalangan selebriti wanita, sudah ramai yang berani bertudung sepenuhnya seperti Farah AF2, Waheeda, Wardina Safiyyah, Noorkumalasari, Rahimah Rahim, Bienda, Heliza AF5, Irma Hasmie dan mungkin juga beberapa orang lain yang tidak saya tersebut di sini.

Firman Allah:
ؤۡتِى ٱلۡحِڪۡمَةَ مَن يَشَآءُ‌ۚ وَمَن يُؤۡتَ ٱلۡحِڪۡمَةَ فَقَدۡ أُوتِىَ خَيۡرً۬ا ڪَثِيرً۬ا‌ۗ وَمَا يَذَّڪَّرُ إِلَّآ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ
Maksud: "Allah memberikan hikmah kebijaksanaan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya." (QS 2:269)
Rasulullah s.a.w. berkata yang maksudnya:
"Sesiapa yang Allah ingin memberikan kebaikan kepadanya, nescaya Allah memberi dia kefahaman yang baik tentang agama."
Gelombang penghijrahan beberapa selebriti tanah air kepada keperibadian dan imej sebagai seorang muslim/muslimah kebelakangan ini telah menghadirkan sinar baru yang lebih signifikan dalam perkembangan agama Islam di Malaysia.

Subhanallah, sejuk hati dan mata memandang perubahan mereka. Semoga Allah menetapkan hati-hati mereka di jalan mereka pilih ini dan agar mereka menemukan apa yang mereka tercari-cari selama ini. Amin.

Insyaallah mereka sudah melakukan perubahan. Bagaimana pula dengan anda?


No comments: