Hari ini merupakan hari yang agak kelam-kabut bagi saya. Sepanjang saya belajar di sini, hari inilah pertama kali saya berulang-alik dari Nice ke Sophia-Antipolis (tempat belajar) sebanyak dua kali dalam sehari. Jarak antara Nice dan Sophia-Antipolis bukannya dekat. Bayangkan perlu menaiki bas dan menempuh perjalanan pergi dan balik yang memakan masa 80 minit. Dua kali ulang-alik, 160 minit daripada 1440 minit hari ini telah dihabiskan di dalam bas. Itupun belum lagi dicampur dengan masa menunggu bas.
Selepas tamat kelas pada tengah hari, sepatutnya saya sudah boleh pulang dan berada di rumah seawal pukul 3 petang tadi. Tapi, oleh kerana perlu menyelesaikan urusan pelajaran yang tidak boleh diselesaikan di Sophia-Antipolis dan memaksa saya pulang ke Nice, saya kuatkan diri juga untuk balik ke Nice, selesaikan urusan yang patut diselesaikan dengan segera, dan kemudiannya pergi semula ke Sophia-Antipolis untuk menamatkan segala urusan pada hari ini. Alhamdulillah, segala urusan disempurnakan dan dapat juga akhirnya pulang ke rumah dalam pukul 6 petang tadi.
Tapi...
Apa yang berlaku pada hari ini membuatkan saya memikirkan tentang suatu perkara. Betapa pada hari ini saya telah membuktikan kepada diri sendiri bahawa asalkan saya punya kemahuan kuat beserta izin daripada-Nya, segala susah payah dan kehendak hati dapat saya lawan. Ya, kalau saya benar-benar mahu melakukan sesuatu perkara, sebenarnya saya boleh buat, biiznillah insyaallah!
Begitu juga dengan 'core business' saya - D&T. Berniaga dalam pasaran D&T ini, banyak benda harus dikeluarkan sebagai modal. Tenaga, wang, masa, malah kehendak hati juga mesti dilabur semata-mata untuk mendapat pulangan dan keuntungan yang berlipat kali ganda. Yang diharap hanyalah redha Allah. Jika tidak dikurniakan di dunia, di akhirat kelak pasti akan dapat. Sungguh Allahlah sebaik-baik pemberi rezeki.
Kita diminta menjalinkan silaturrahim dan menjaga ukhuwwah dengan manusia yang lain bukan kerana kita mempunyai kepentingan yang terselindung. Kita berbudi kepada manusia kerana Allah yang suruh. Firman Allah dalam surah Al-Hujurat, ayat 10:

"Orang yang hidup bagi dirinya sendiri akan hidup sebagai orang kerdil dan mati sebagai orang kerdil. Tapi orang yang hidup bagi orang lain akan hidup sebagai orang besar dan mati sebagai orang besar."Itulah antara kata-kata hikmah yang menyanjung baik amalan berbudi baik kepada manusia. Kehidupan kita di dunia ini bukanlah kehidupan diri kita sendiri semata-mata. Kehidupan ini melibatkan rantaian panjang manusia di sekeliling kita, yang dekat mahupun yang jauh. Masing-masing punya hak yang setiap orang mesti saling tunaikan. Begitulah Islam mengajarkan kepada kita, hidup dengan memberi.
Kita diminta menjalinkan silaturrahim dan menjaga ukhuwwah dengan manusia yang lain bukan kerana kita mempunyai kepentingan yang terselindung. Kita berbudi kepada manusia kerana Allah yang suruh. Firman Allah dalam surah Al-Hujurat, ayat 10:
إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٌ۬ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ
Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara maka hendaklah kamu berbaik-baik antara satu sama lain dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat daripada Allah."
Dan janganlah kita meneruskan sifat-sifat buruk dalam bersaudara yang akan menyebabkan umat Islam berpecah dan bermusuhan antara satu sama lain, dan ingatlah peringatan Allah dalam hal ini dalam firman-Nya:
وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعً۬ا وَلَا تَفَرَّقُواْۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءً۬ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦۤ إِخۡوَٲنً۬ا وَكُنتُمۡ عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةٍ۬ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنۡہَاۗ كَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَايَـٰتِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَہۡتَدُونَMaksudnya: "Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hatimu maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari pada jurang neraka itu. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu, supaya kamu mendapat petunjuk." (QS 3:103)
Berkhidmatlah kepada mereka
Kalau kita dapat korbankan apa yang ada pada kita demi orang tersayang, mengapa tidak kita lakukan perkara yang sama untuk agama Islam?
Kalau kita dapat berjimat-cermat dan menyimpan duit untuk membeli sesuatu yang kita suka, mengapa tidak kita lakukan perkara yang sama untuk membelikan barangan keperluan bagi orang miskin? Sekurang-kurangnya, cukuplah sekadar mencukupkan keperluan perut mereka walaupun sekejap.
Kalau kita boleh mendoakan kebaikan terhadap diri sendiri dan orang tersayang, mengapa tidak kita lakukan perkara yang sama untuk kesejahteraan manusia lain? Sekurang-kurangnya, doakanlah semoga urusan hidup mereka dipermudahkan dan dimurah rezeki.
Kalau kita suka orang lain memaafkan kesalahan kita, mengapa tidak kita lakukan perkara yang sama kepada mereka? Sekurang-kurangnya, ucapkanlah salam kemaafan walaupun sukar bagi hati untuk berbuat sedemikian.
Kalau kita suka orang lain mengenang jasa baik kita, mengapa tidak kita lakukan perkara yang sama kepada mereka? Sekurang-kurangnya, ucapkanlah salam penghargaan kepadanya jika kita tidak mampu membalas kebaikannya.
Kalau kita sanggup bersusah payah demi mengecapi hidup yang lebih senang dan bahagia, mengapa tidak kita lakukan perkara yang sama untuk orang lain? Sekurang-kurangnya, buatkanlah mereka tersenyum gembira walaupun buat seketika.
Orang Islam adalah bersaudara, tiada boleh ia menganiayanya, dan tiada boleh membiarkannya dan tiada boleh mendustainya dan tiada boleh menghinakannya.
Kehidupan di atas muka bumi ini, bukanlah dunia milik saya dan juga bukan dunia milik saudara/saudari. Kehidupan ini milik kita semua dan ia harus diharungi bersama-sama. Dan saya, sedia berkorban dan bersusah payah demi kebaikan saudara/saudari. Impian saya hanyalah ingin melihat dunia akan datang lebih sejahtera dan aman, dunia yang dihiasi dengan kebaikan manusia yang suka memberi daripada menerima.
Diriwayatkan dari Jabir berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia." (Hadis riwayat Thabrani dan Daruquthni)
No comments:
Post a Comment