"Sesungguhnya aku memerintahkan kepadamu wahai Sa'ad dan mereka yang bersama-samamu supaya bertaqwa kepada Allah s.w.t. dalam apa jua keadaan kerana sesungguhnya taqwa kepada Allah s.w.t. adalah sebaik-baik persiapan untuk mengalahkan musuh dan juga sehebat-hebat strategi dalam peperangan.
Aku memerintahkan kepadamu dan mereka yang bersama-samamu supaya menjauhkan diri daripada maksiat kerana sesungguhnya dosa-dosa yang telah dilakukan oleh tentera Islam lebih aku takuti daripada musuh-musuh Islam.
Sesungguhnya orang Islam telah mendapat pertolongan daripada Allah s.w.t. disebabkan oleh kemaksiatan yang telah dilakukan oleh pihak musuh. Jika bukan kerana hal itu, tidak ada lagi kekuatan bagi orang Islam.
Bilangan tentera kita tidak seramai bilangan tentera mereka. Kelengkapan senjata kita tidak sehebat mereka. Maka jika amalan maksiat dan tabiat kita sama dengan pihak musuh, nescaya kelebihan kekuatan dan kemenangan
akan menyebelahi mereka!
Jika kita tidak mendapat pertolongan daripada Allah s.w.t. ke atas musuh-musuh ini dengan kelebihan kita, sudah pasti kita tidak akan dapat mengalahkan mereka.
Ketahuilah! Bahawasanya bersama-sama dalam perjalananmu, malaikat-malaikat yang mengawasi, dan para malaikat ini mewakili pihak kerajaan Allah s.w.t. untuk menjagamu. Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Maka malulah terhadap apa yang ingin kamu lakukan. Janganlah kamu berkata, "Sesungguhnya pihak musuh lebih hina daripada kita, dan mereka tidak akan dapat menguasai kita walaupun kita turut berbuat kejahatan."
Mana tahu Allah akan mendatangkan satu kaum yang lebih zalim daripada pihak musuh seperti yang pernah berlaku kepada kaum Bani Israil dahulu yang akhirnya mereka telah dikuasai oleh orang kafir Majusi (penyembah api).
Mohonlah daripada Allah Taala kemenangan ke atas nafsu-nafsumu, seperti kamu memohon kemenangan ke atas musuh-musuhmu. Aku memohon perkara yang sama ke atas diriku dan dirimu."
Ikhwah dan akhawat yang dirahmati Allah s.w.t. sekalian, perbaikilah diri dan serulah orang lain. Semoga Allah s.w.t. mempermudah segala urusan kita, amin.

1 comment:
moga pesanan saidina umar ini dpt memberi kesan pd hati kite sume,,insyaAllah,,,
Post a Comment