Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Untuk makluman saudara-saudari, bermula saat ini, blogku akan menggunakan nama baru - "Cerita Kita", yang sebelum ini menggunakan nama "Ibnu Mahmud".
Transformasi ini dilakukan dengan harapan setiap perkongsian dan penulisan aku di blog ini akan dirasai oleh setiap orang, seolah-olah ceritaku menjadi cerita bagi kalian, bagi kita semua. Menjadi harapanku supaya saudara-saudari dapat mengambil maklumat dan mendapat manfaat daripada segala isi blog ini, termasuklah penulisan yang berkisarkan kehidupan peribadiku, kerana mudah-mudahan di sebalik setiap rangkap catatan tanganku di blog ini memberikan faedah buat sidang pembaca.
Dengan penggunaan perkataan 'Kita', aku mengharapkan kalian lebih tersentuh dan merasai hasratku yang tersurat mahupun tersirat dalam setiap bentuk penulisanku. Semoga apa yang kukongsikan menjadi 'hak milik' sidang pembaca.
InsyaAllah, aku akan berusaha sedaya mungkin menjadikan blogku ini sebagai medium perkongsian buat semua yang semakin harinya semakin bermanfaat. Terima kasih.
Wallahualam
No comments:
Post a Comment