Hampir tiga minggu aku tidak berkesempatan berborak dengan ahli keluargaku di telefon. Selama tiga minggu tersebutlah aku berasa sedih dan hati tidak tenang sepanjang mengenangkan nasib tidak dapat mendengar suara ibu bapa dan adik-beradikku di rumah. Ketika tinggal di asrama di Kuantan dan juga di Bangi semasa menuntut di MFI uniKL dahulu, aku selalu ditegur oleh Ummi (panggilan untuk ibuku) kerana jarang menghubungi keluarga di Terengganu, baik melalui SMS mahupun menelefon. Bila mengenangkan perkara itu, aku takut sekali kalau-kalau aku dicop sebagai anak yang mudah melupakan keluarganya bila berada berjauhan dari keluarga. Kerana itulah aku akan sentiasa menghubungi keluargaku di rumah pada setiap minggu.
Alhamdulillah, akhirnya aku berasa tenang dan lega setelah dapat berborak panjang dengan Abah dan Ummi pada petang semalam. Banyak benar cerita dan hal yang dibualkan dan dikongsi bersama. Sebagai seorang anak lelaki yang rapat dengan ibunya, maka dengan Ummilah aku banyak bercakap. Dalam banyak hal yang kami borakkan sambil bergelak ketawa itu, terselit juga beberapa nasihat dan pesanan daripada Ummi kepadaku. Allahu Allah, aku bersyukur kepada-Mu kerana masih mengurniakan aku Abah dan Ummi yang sentiasa menyayangi kami adik-beradik, yang tidak pernah mengeluh dalam mendidik kami, yang sentiasa mendoakan dan menasihati kami agar kami menjadi anak-anak yang soleh dan berjaya.

Firman Allah SWT dalam surah Luqman, ayat 14:
وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ بِوَٲلِدَيۡهِ حَمَلَتۡهُ أُمُّهُ ۥ وَهۡنًا عَلَىٰ وَهۡنٍ۬ وَفِصَـٰلُهُ ۥ فِى عَامَيۡنِ أَنِ ٱشۡڪُرۡ لِى وَلِوَٲلِدَيۡكَ إِلَىَّ ٱلۡمَصِيرُ"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun, (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu, dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."
Selain itu, diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud RA katanya: "Aku pernah bertanya Rasulullah SAW: Apakah amalan paling utama? Baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjuang pada jalan Allah. Kemudian aku bertanya lagi kepada baginda, semata-mata ingin menemani dan menjaga perasaan Baginda." (Hadis riwayat Muslim)
Sesungguhnya WAJIB bagi setiap anak berlaku baik kepada ibu bapa dan taat kepada perintah mereka, selama mana perintah mereka tidak menyuruh kita menyekutukan Allah. Kalau mereka meminta kita melakukan perkara yang ma'ruf, contohnya menuntut ilmu dengan rajin, sebagai seorang anak, perintah tersebut lagilah kita perlu turuti.
Maka kerana itulah aku suka untuk mengingatkan semua orang, diriku sendiri terutamanya, supaya sentiasa ingat akan pesanan ibu bapa kita dan dengarlah cakap mereka. Walaupun mungkin ada kata-kata mereka yang pada penilaian kita, kita nampak ia sebagai perkara yang ringan atau remeh, yang kemudiannya kita mengambil ringan akan perkara tersebut, menjadi suatu hakikat yang paling perlu kita sedari bahawa keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa. Oleh sebab itu, ambil beratlah terhadap setiap patah perkataan yang keluar dari bibir mulut mereka dan jangan mengambil ia dengan sambil lewa, kerana kita takut kita akan tergolong dalam golongan anak derhaka tanpa kita sedari. Astaghfirullah.

![]() |
| Abah dan ummi |
Kepada Abah dan Ummi, insyaAllah, Ali di sini akan belajar rajin-rajin dan menjaga diri baik-baik sebagai seorang Muslim. Nasihat dan pesanan Abah dan Ummi akan sentiasa Ali ingat. Doakanlah Ali di sini supaya dipermudahkan urusan dalam pelajaran dan seterusnya ditempatkan dalam kumpulan pelajar yang cemerlang. Terima kasih Allah, terima kasih Abah dan Ummi!
Tak sabar-sabar nak balik Malaysia dah ni!!!

No comments:
Post a Comment