Bismillahirrahmanirrahim,
Emm, dah dua hari cuti semester pertama. Tinggal tiga hari lagi. Semalam sehari suntuk pergi sana-sini mencari kereta untuk dibeli. Dah berkenan kat sebuah kereta tu tapi tunggu persetujuan kawan-kawan yang lain dulu. Itu untuk cerita semalam. Cerita untuk hari ini, esok, lusa dan seterusnya bagaimana, ya?
Hari ini, kawan-kawan yang lain dah berpakat nak keluar dan bermalam di Isola 2000 untuk bermain ski dan snowboard selama dua hari. Tapi aku tak pergi. Kenapa aku tak pergi? Sebab aku tak berminat. Huhu.
Emm, dah dua hari cuti semester pertama. Tinggal tiga hari lagi. Semalam sehari suntuk pergi sana-sini mencari kereta untuk dibeli. Dah berkenan kat sebuah kereta tu tapi tunggu persetujuan kawan-kawan yang lain dulu. Itu untuk cerita semalam. Cerita untuk hari ini, esok, lusa dan seterusnya bagaimana, ya?
Hari ini, kawan-kawan yang lain dah berpakat nak keluar dan bermalam di Isola 2000 untuk bermain ski dan snowboard selama dua hari. Tapi aku tak pergi. Kenapa aku tak pergi? Sebab aku tak berminat. Huhu.
Banyak orang kata, ambillah manfaat belajar di luar negara dengan melancong sana-sini dan buat itu-ini semasa cuti. Tapi aku, entah kenapa sejak kebelakangan ini aku mula tidak berminat untuk melancong, shopping dan melakukan aktiviti lain, termasuklah bermain ski dan snowboard.
Dulu boleh melancong sampai ke Itali. Tapi yang baru-baru ini, semasa cuti winter, aku dan beberapa orang kawan sahaja yang setia berada di Nice sedangkan kawan-kawan yang lain semuanya bercuti di UK.
Dulu selalu shopping, baik di kedai-kedai mahupun secara online di internet. Tapi sekarang, walaupun ada soldes (sale) sampaikan ada diskaun -50% hingga -70% pun aku tiada perasaan nak masuk kedai.
Dulu boleh dikatakan setiap hujung minggu aku keluar bermain bola atau berjoging. Tapi sekarang, dah jarang gila aku keluar bersukan.
Pada aku, sebab utama aku tiada hati dan perasaan untuk melakukan semua itu adalah kerana DUIT dan MASA.
Daripada pengamatan aku, DUIT dan MASA-lah dua nikmat kesenangan yang orang banyak lupa dan khianati. Bagi yang menuntut di luar negara, contohnya kami di Perancis, banyak elaun yang kami dapat. Tapi masalahnya, bila duit banyak, sesetengah orang tidak tahu bagaimana nikmat duit elaun itu harus dibelanjakan. Bagi mereka yang tidak mempunyai financial planning, maka mereka akan menghabiskan nikmat duit elaun itu dengan membeli-belah barang yang bukan keperluan, melancong sana-sini dan sebagainya.
Sebaliknya pula berlaku bagi mereka yang menghargai dan menjaga nikmat kurniaan Allah ini. Yang memikirkan tentang masa depan, maka mereka akan mula menabung dan berjimat-cermat. Yang sedar dan tahu dia datang dari keluarga yang susah, maka duit elaun itu dikirim kepada ibu bapa di kampung. Yang memikirkan tentang hal ehwal semasa umat Islam dan agama Islam itu sendiri, dia tiada pula rasa berat hati untuk mendermakan atau menginfaqkan 'hartanya' di jalan Allah.
Kerana itulah aku sedih melihat ragam sesetengah kawanku. Membelanjakan duit elaun seolah-olah duit elaun itulah harta mereka yang sebenar. Apakah kita lupa bahawa duit elaun itu sebenarnya merupakan duit rakyat? Bantuan elaun yang kerajaan bagi adalah sebagai kemudahan untuk belajar dan mencapai kejayaan. Bukannya untuk dibazirkan, yang akhirnya gagal pula dalam pelajaran.
Ada yang miskin tapi masih membelanjakan duit elaun terhadap perkara-perkara yang bukan sepatutnya dibelanjakan. Nasib keluarga di kampung halaman, tiadalah tahu. Pilu hati melihatnya...
Itu pasal duit. Pasal masa pula, waktu lapang dihabiskan dengan berjalan-jalan dan bermain-main. Ketika waktu belajarpun masih main-main. Budaya belajar, masih lagi terbawa-bawa dengan budaya belajar di Malaysia - belajar last minute. Nak exam, mulalah masing-masing gelabah. Termasuklah aku sendiri, astaghfirullah.
Yang aku membebel-bebel kat atas itulah sebabnya aku tak berminat nak buat perkara yang melaghakan aku atau yang boleh merosakkan aku.
Sebagai seorang yang berada dalam tarbiyyah, aku MESTI beriltizam dengan tuntutan terhadap umat Islam dan agama. Sebagai seorang pelajar, aku MESTI memanfaatkan masa dengan belajar bersungguh-sungguh. Sebagai seorang anak yang menjadi harapan kepada keluarga, aku MESTI menggembirakan mereka.
Hidup mesti beramal dengan muwasofat tarbiyyah. Kalaulah aku tidak ditarbiyyah dengan tarbiyyah Islamiyyah, pasti aku akan ditarbiyyah dengan 'tarbiyyah' jahiliyyah. ALL OUT atau CUAI!!!




2 comments:
bgs la. frankly, sy kdg2 annoyed sstgh org yg lupa diri bila dpt duit elaun. Sampai bershopping mengalahkan orang yang bergaji 10ribu. It's not wrong to shop, tapi pada2 la. Duk Fikirkan diri nak bcuti and shopping, tapi ada ke berfikir untuk hantar sedikit untuk ibu-bapa. kalau yang adik ramai masih bersekolah tu, apa salahnya tolong bagi skit. makayah memang tak akan minta. tapi anak kena pandai2 la. kalau tahu mak ayah kerja keras nak dapat duit, hantar skit bukan susah. tak banyak takpe. sikit pun ok, dari takde terus.
ada jugak duk tukar2 hp. kalau ikutkan model baru kuar nak beli, habis macam tu je duit. kalau tak prioriti, kenapa perlu beli.
kalau sekali skala lain la. Ni tak.
tapi biasanya sy tgk, org yang hidupnya tak berapa senang lebih mudah lupa diri bila dapat elaun.. mungkin sbb tak boleh handle ada duit bnyk2? tak boleh kawal nafsu?
tak fikir untuk simpan buat kes emergency, ad kematian, tepaksa balik mesia ke. ahli kluarrga sakit nak buat pembedahan ke. belajar kos bagus, tapi bab ni cetek pemikiran.
pandangan umum shja.
Menjadi senario biasa apabila manusia berkehendakkan apa-apa yang disukainya, dikehendakinya bila dapat pegang duit.
Orang yang bekerja bila dapat gaji, bonus dll, ada caranya duit mereka dihabiskan. Yg bekeluarga, bawa keluarga pergi melancong. Yang bujang, baiki kereta, moto. Yang dara, beli baju yg lawa-lawa.
Pelajar yg dpt duit bantuan kerajaan, guna utk beli handphone canggih2, beli itu, beli ini.
Dalam ramai2 yg tak pandai guna duit, ada saje yg menggunakan nikmat duit dgn betul. Hidup pun berjimat. Tak kedekut nak tolong keluarga, kawan2 yg kesempitan wang.
Pendek kata, susah betul la nk jumpa manusia yg betul2 bersyukur dgn duit ni..
Macam-macam ragam..
Post a Comment