InsyaAllah, pada 29-31 haribulan Januari nanti, program FlyHigh OZ & NZ 2010 akan kembali lagi. Untuk edisi kali ini, program FlyHigh anjuran INTELEK dengan kerjasama iLuvislam. ini akan diadakan di Bukit Cerakah, Shah Alam. Pastinya penganjuran kali ini akan lebih meriah dan gempak dari tahun-tahun yang sebelumnya.

Untuk pengetahuan pembaca, program ini merupakan program pre-departure bagi pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Australia dan New Zealand. Namun begitu, mengikut pengalaman penulis sendiri yang pernah menyertai program Fly High '09, peserta-peserta yang akan fly ke negara lain juga boleh menyertai program ini.
Oleh kerana itu penulis rasa terpanggil di sini untuk mempromosi program FlyHigh OZ & NZ 2010 dan seterusnya menggalakkan sahabat-sahabat Pre-France 7 dan 8, ataupun sahabat-sahabat lain yang juga akan berangkat ke luar negara, terutamanya ke negara Eropah supaya menghadiri program Fly High 2010 ini.
Penulis yakin dan percaya bahawa sahabat-sahabat tidak akan rugi apa-apa. Berbaloi menyertainya. Manakan tidak, pengisiannya sangatlah memenuhi keperluan para peserta yang akan ke luar negara. Barisan fasilitator dan penceramah pun bukan calang-calang orang. Ada Ustaz Hasrizal! Hehe... Pasti anda yang menyertainya akan dapat mengutip mutiara-mutiara berkilauan daripada mereka yang berpengalaman hidup di luar negara ini. Tambahan pula, penganjurnya ialah INTELEK dan iLuvislam, NGO yang sangat dikenali ramai.
Mengikut pengalaman penulis, program Fly High merupakan antara program terbaik yang pernah penulis sertai, atau mungkin yang terbaik. Pengisiannya sangat mantap, sesuai dengan keperluan semasa para peserta yang memerlukan input-input penting dan gambaran awal tentang suasana cara hidup, belajar dan budaya di luar negara, terutamanya di tempat-tempat para peserta akan melanjutkan pelajaran. Penceramah dan tetamu jemputan dan para fasilitator pun sangat mesra dan hebat-hebat. Penginapan? 5 bintang! Tak percaya? Di ILIM, Bandar Baru Bangi dahulu, 1 bilik disediakan untuk setiap 2 orang peserta. Makananpun sedap-sedap. Tak tahulah macam mana dengan edisi kali ini tapi penulis jangkakan kualiti penganjuran kali ini tetap diutamakan oleh pihak penganjur. Semestinya tidak akan mengecewakan para peserta.
Untuk maklumat dan gambaran yang lebih jelas, penulis paparkan juga di sini poster dan video bagi penganjuran Fly High OZ & NZ 2010.
Di bawah ini pula beberapa gambar sepanjang program FlyHigh '09 yang penulis pernah sertai di ILIM, Bandar Baru Bangi awal tahun ini.
Ustaz Hasrizal, antara penceramah jemputan. Best, best,
kalaulah berkesempatan, nak dengar ceramah beliau lagi.
Inilah kumpulan LDK penulis. Penulis tak kelihatan kerana
terlindung di sebalik badan akhi Haziq yang gagah perkasa.
Bagaimana, tertarik untuk menyertainya? Apa lagi, manfaatkanlah cuti atau hujung minggu anda nanti di Bukit Cerakah bersama-sama sahabat-sahabat anda yang lain! Untuk maklumat lebih terperinci, sila layari laman web FlyHigh.

Untuk pengetahuan pembaca, program ini merupakan program pre-departure bagi pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Australia dan New Zealand. Namun begitu, mengikut pengalaman penulis sendiri yang pernah menyertai program Fly High '09, peserta-peserta yang akan fly ke negara lain juga boleh menyertai program ini.
Oleh kerana itu penulis rasa terpanggil di sini untuk mempromosi program FlyHigh OZ & NZ 2010 dan seterusnya menggalakkan sahabat-sahabat Pre-France 7 dan 8, ataupun sahabat-sahabat lain yang juga akan berangkat ke luar negara, terutamanya ke negara Eropah supaya menghadiri program Fly High 2010 ini.
Penulis yakin dan percaya bahawa sahabat-sahabat tidak akan rugi apa-apa. Berbaloi menyertainya. Manakan tidak, pengisiannya sangatlah memenuhi keperluan para peserta yang akan ke luar negara. Barisan fasilitator dan penceramah pun bukan calang-calang orang. Ada Ustaz Hasrizal! Hehe... Pasti anda yang menyertainya akan dapat mengutip mutiara-mutiara berkilauan daripada mereka yang berpengalaman hidup di luar negara ini. Tambahan pula, penganjurnya ialah INTELEK dan iLuvislam, NGO yang sangat dikenali ramai.
Mengikut pengalaman penulis, program Fly High merupakan antara program terbaik yang pernah penulis sertai, atau mungkin yang terbaik. Pengisiannya sangat mantap, sesuai dengan keperluan semasa para peserta yang memerlukan input-input penting dan gambaran awal tentang suasana cara hidup, belajar dan budaya di luar negara, terutamanya di tempat-tempat para peserta akan melanjutkan pelajaran. Penceramah dan tetamu jemputan dan para fasilitator pun sangat mesra dan hebat-hebat. Penginapan? 5 bintang! Tak percaya? Di ILIM, Bandar Baru Bangi dahulu, 1 bilik disediakan untuk setiap 2 orang peserta. Makananpun sedap-sedap. Tak tahulah macam mana dengan edisi kali ini tapi penulis jangkakan kualiti penganjuran kali ini tetap diutamakan oleh pihak penganjur. Semestinya tidak akan mengecewakan para peserta.
Untuk maklumat dan gambaran yang lebih jelas, penulis paparkan juga di sini poster dan video bagi penganjuran Fly High OZ & NZ 2010.
Di bawah ini pula beberapa gambar sepanjang program FlyHigh '09 yang penulis pernah sertai di ILIM, Bandar Baru Bangi awal tahun ini.
Ustaz Hasrizal, antara penceramah jemputan. Best, best,kalaulah berkesempatan, nak dengar ceramah beliau lagi.
Inilah kumpulan LDK penulis. Penulis tak kelihatan keranaterlindung di sebalik badan akhi Haziq yang gagah perkasa.
Bagaimana, tertarik untuk menyertainya? Apa lagi, manfaatkanlah cuti atau hujung minggu anda nanti di Bukit Cerakah bersama-sama sahabat-sahabat anda yang lain! Untuk maklumat lebih terperinci, sila layari laman web FlyHigh.





4 comments:
salam..
ada jugak terdengar pasal prog ni.
tp juz xtahu boleh ke x sebab die cakap priority goes to yg akan fly ke australia n nz kan..
muslimat ramai join??
wassalam. ramai jek muslimat join program ni. ape2 hal, try hantar name, register dulu... kalau boleh, pegi jelah, dah rezeki kn? :-) klu tak dapat, bsabo jelah ek. hehe... insyaAllah boleh... klu tak boleh tp hang nk masuk gak, ceq boleh tolong bitau admin terus. pakai kabel. haha...
haha..ok..tenkiu..
tapi tatau lagi..
ni tgh ajak jr2 yg len..
kot2 dorang nak..
:)
ajak la seramai mungkin. lagi ramai lagi best...
Post a Comment