"Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad Pesuruh Allah."
Kesempurnaan aqidah seseorang Muslim bergantung kepada sejauhmana ia dapat menyempurnakan dan syarat-syarat syahadah. Begitu juga aqidah yang telah sempurna itu boleh rosak apabila rukun dan syaratnya yang dilanggar.
Antara syarat syahadah ialah hendaklah meyakini dalam hati maksud syahadah, iaitu meyakini hak-hak Allah dan Rasul, jangan ada didalamnya syak (70% percaya, 30% tak percaya), jangan ada didalamnya zan (50% percaya, 50% tidak percaya), jangan ada waham (30% percaya, 70% tak percaya) dan beramal dengan apa yang diyakini serta menolak sesuatu yang merosakkan syahadah.
Oleh hal demikianlah pada kali ini saya begitu tertarik untuk menulis tentang kalimah syahadah, kalimah yang membawa maksud dan memberi kesan yang sangat besar kepada seseorang Muslim yang sentiasa mengambil berat akan kalimah Lailahaillallah ini.
SAKSI DAN PENYAKSIAN
Apabila kita melafazkan, "Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad Pesuruh Allah", secara langsung kita telah meletakkan diri kita sebagai SAKSI bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah sebenar-benar utusan Allah.
Sahabat yang dikasihi sekalian, dalam sesuatu proses penghakiman dan penyaksian, samada menurut undang-undang Islam mahupun undang-undang ciptaan manusia, saksi memainkan peranan yang paling utama selain hakim itu sendiri. Saksi akan memberikan keterangan yang menunjukkan sokongan dan pembelaan ataupun penentangan terhadap tertuduh. Segala penyaksian yang diberikan oleh saksi akan menentukan samada tertuduh bersalah ataupun tidak pada akhirnya.
Begitu juga dengan tuntutan syahadah 'Lailahaillallah'. Bila mana kita telah mengucapkan kalimah syahadah, secara automatiknya kita telah menjadi SAKSI kepada Allah dan Nabi Muhammad SAW dan sebagai saksi, kita akan memberi 'keterangan' yang sebenar-benarnya untuk menunjukkan betapa penyaksian kita adalah benar.
'Keterangan' dalam penyaksian kita terhadap Allah dan Nabi SAW antaranya ialah syarat syahadah yang telah saya sebutkan di atas tadi. Kita fikir-fikirkan kembali. Bagi kita mudah untuk melafazkan kalimah syahadah tapi adakah kita dapat merealisasikannya dalam hidup kita? Adakah penyaksian yang kita benarkan di dalam hati dan dengan lidah dapat kita terjemahkannya melalui amal perbuatan? Sesungguhnya untuk melakukan sesuatu yang telah kita katakan itulah yang selalu kita tidak dapat lakukan, yang mana ada pepatah yang berbunyi, "actions speaks louder than words" menunjukkan betapa amal perbuatan kita lebih 'menonjol' daripada kata-kata.
SYAHADATUL HAQ - PENYAKSIAN TERHADAP KEBENARAN
Perlu diingatkan bahawa tanggungjawab membenarkan syahadah tidak mencukupi dengan hanya menunaikan enam rukun iman dan lima rukun Islam semata-mata tetapi tanggungjawab yang sebenarnya adalah lebih daripada itu, iaitu menyampaikan kebenaran.
Nabi SAW telah diutuskan untuk menyampaikan kebenaran tentang Allah dan agama-Nya, Islam. Nabi SAW seorang buta huruf dan semasa mula-mula menyampaikan dakwah, Nabi menghadapi tentangan yang sangat banyak dan sangat besar daripada penduduk Mekah, akan tetapi kerana Nabi SAW faham tentang kalimah 'Lailahaillallah' serta tahu akan tanggungjawabnya sebagai seorang utusan Allah, maka Nabi SAW berusaha bersungguh-sungguh dengan penuh kesabaran menyampaikan kebenaran. Selain itu, dalam peringkat awal dakwah di Mekah, penekanan terhadap akidah terutamanya tuntutan terhadap 'Lailahaillallah' amat dititikberatkan. Kesannya, sahabat-sahabat Nabi SAW dihiasi dengan keimanan dan keyakinan yang sangat tinggi yang menyebabkan mereka ini dapat membantu dan meneruskan penyebaran Islam ke seluruh jazirah Arab, malah ke seluruh pelusuk dunia.
Allah SWT berfirman:
وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِّتَكُونُواْ شُهَدَاء عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا
Maksud: Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus, Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Al-Baqarah: 143)Berdasarkan firman Allah SWT di atas, kita haruslah sedar bahawa setelah melafazkan syahadah, kita memikul tanggungjawab lain yang sangat berat iaitu antaranya menyampaikan kebenaran.
Firman Allah SWT lagi:
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن كَتَمَ شَهَادَةً عِندَهُ مِنَ اللّهِ
Maksud: Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? (Al-Baqarah: 140)
Kita sendiri pun tahu apakah hukuman Allah kepada mereka yang menyembunyikan syahadah ini ketika di dunia. Mudah-mudahan Allah SWT menjauhkan kita daripada akibat buruk yang bakal kita terima di akhirat kelak.
Lihatlah kaum Yahudi yang telah dianugerahkan takhta syahadah ini sebelum kita dengan terutusnya berapa banyaknya utusan daripada Allah SWT tapi malangnya mereka menyembunyikan kebenaran syahadah tersebut. Justeru mereka layaklah menerima laknatullah selama-lamanya.
Sahabat-sahabat muslimin dan muslimat, sesungguhnya kita dihidupkan ke dunia ini sebenarnya untuk menyerah diri dan beribadat kepada Allah SWT tapi bukan bermakna kita beribadat seorang diri tanpa mempeduli urusan umat dan agama Islam. Janganlah hanya fikir hendak masuk syurga seorang, hendaklah juga melihat nasib saudara kita yang lain. Biarlah kita syurga bersama-sama. Kan itu yang terbaik, bukan?
Firman Allah SWT:
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً
Maksud: Dan ingatlah tatkala Tuhanmu berkata kepada para malaikat, "Sesungguhnya Aku akan akan menjadikan seorang khalifah di muka bumi." (Al-Baqarah: 30)'Khalifah' ialah orang yang diamanahkan untuk mentadbir dunia dan menjaga urusan agama. Setiap individu daripada kita yang bergelar muslim atau muslimah itulah khalifah. Kita laksanakanlah segala apa yang telah diperintahkan oleh Allah SWT. Kita ialah umat Muhammad, umat yang terbaik dan umat yang memang layak serta berkemampuan untuk menyampaikan risalah kebenaran Islam. Janganlah takut dan ragu-ragu lagi wahai sahabat seperjuanganku. Sesungguhnya Allah SWT itu sentiasa bersama kita. Dia-lah tuan empunya bumi ini, Dia-lah yang berkuasa terhadap setiap sesuatu yang ada di bumi dan di langit. Tidak perlu takut kepada manusia tetapi takutlah kepada Dia yang Maha Berkuasa.
Wallahualam

4 comments:
subhanALLAH sahabatku Ali... byk pandangan bermanfaat yg dikongsikan... jzkk Ali... senang2 dtg Tours la ek... :)
Bagus Ali, teruskan, aku pun dah letak link blog koe dlm blog aku...kalo bleh, tlg2 ah carik hukum fekah semasa kat perantaun...Chaiyok4!!
rafizzi: syukran kpd antum semua jga. sbb antum semua la ana dpt seme info2 tu =) insyaAllah, nti ana dtg Tours lg. ari tu x bkesempatan nk pusing2 Tours n Langeais. huhu..
mahfuz: wow, k0 pn dh ad blog ek, bagus2 =)
wah ali.best nyer baca post ni.rumusan dr ape yg raf, zul, dan din bentangkan kat avrille:D
Post a Comment