Wah, leganya rasa hati ini. Bersyukur kepada-Nya kerana minggu final exam semester ketiga ini dapat diharungi dengan baik. Seingat saya, dalam final exam dua semester yang lepas saya harungi dalam keadaan demam. Alhamdulillah, pada kali ini saya dapat menduduki final exam dalam keadaan sihat walafiat. Yang lebih menariknya, berdasarkan sejarah lalu, saya akan membotakkan kepala sebelum final exam semester pertama dan semester kedua. Kebiasaannya sebelum peperiksaan besar, saya akan membotakkan kepala. Sebab? Entahlah, sukar rasanya bagi saya menjelaskannya. Apa yang saya tahu, saya amat selesa berkepala botak kerana kepala sentiasa ringan dan sejuk dibuatnya. Haha.. Tapi kenapa saya tidak membotakkan kepala pada final exam kali ini, ya? Emm, mungkin saya mahukan kelainan agaknya. Mungkin sudah bosan atau serik berkepala botak ketika exam agaknya. Huhu..
Berakhirnya final exam pagi tadi, maka bermulalah perubahan fasa dalam hidup saya. Berlalu sudah pengajian semester ketiga, semester break pula menyusul. Fikiran saya sudah jauh merantau memikirkan keluarga di rumah sana. Wajah abah, ummi dan adik-beradik yang sudah lama tidak saya tatapi kini menjadi suatu kerinduan. Entah bagaimana cuti kali ini. Adakah ia akan membosankan seperti cuti-cuti yang lepas? Atau ia akan menjadi salah satu daripada kenangan terindah dalam hidup saya? Sebulan setengah, agak lama juga cuti kali ini. Harap-harapnya dapat dimanfaatkan dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat, insyaallah.
Kalau cuti sebulan setengah ini banyakdihabiskan dengan hanya terperuk di rumah, makan dan minum, menonton tv dan tidur, saya anggap ia sebagai "zaman gelap" saya. Huhu.. Kalau sudah berada di rumah, agaknya jangan haraplah saya akan belajar. Kalau belajar pun, ia buat hanya untuk sementara seperti hangat-hangat tahi ayam, cukup sekadar dengan menyentuh buku.

Waterboom Jakarta
Hingga saat ini, saya hanya mempunyai dua perancangan besar yang hendak dilakukan ketika cuti ini. Pertamanya adalah bercuti bersama keluarga di Indonesia pada hujung tahun ini dan keduanya adalah menyertai Program Jalinan Ukhwah (PJU) yang akan diadakan di sabak Bernam pada 19-21 Disember nanti. InsyaAllah, percutian di Indonesia hampir pasti akan menjadi suatu kenyataan tetapi penyertaan dalam PJU masih belum pasti kerana masih belum diberi 'lampu hijau' oleh keluarga.
Sebelum ini sudah banyak kali saya memasang niat untuk menghadiri program-program sebegini rupa tapi semuanya tidak kesampaian untuk dilaksanakan. Kali ini saya amat berharap benar dapat menyertainya. Akhi Ikhwan dan sahabat-sahabat lain bersungguh-sungguh mengajak saya menyertai mereka dalam program itu. Tidak sanggup pula rasanya saya untuk menolak jemputan mereka. Lagipun, mungkin program ini merupakan program besar dan penting yang terakhir yang akan saya sertai kerana berkemungkinan 'jangka hayat' saya di Malaysia hanya tinggal sehingga bulan April tahun hadapan. Kalau terlepas PJU ini, mungkin saya tidak punyai jodoh lagi untuk menyertai program yang akan datang.
Apa-apapun, semuanya terserah pada takdir. Kita hanya merancang, pada akhirnya Dia juga yang menentukan segala-galanya.
Cuti ini, perjuangan menuntut ilmu mungkin terhenti buat sementara tapi perjuangan dalam agama Allah masih tetap akan diteruskan. Ali, ayuh, teruskan berjuang!
Kepada rakan-rakan seperjuangan di Pre-France Programme, tak kisahlah macam mana sekalipun result kita semua nanti tapi yang penting bersyukurlah dengan apa yang kita peroleh.
Bonnes vacances à tous!

No comments:
Post a Comment