18 November 2008

Bantah Fatwa: Apa Mahu Jadi?

Apa sudah mahu jadi dengan manusia zaman sekarang?! Saya terkejut besar apabila mengetahui berita mengenai demonstrasi sekumpulan manusia yang pada hemat saya 'berfikiran sempit' dan jahil, membantah fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) tentang pengharaman perlakuan wanita menyerupai lelaki atau 'pengkid'. Astaghfirullahalazim.

Pada 23 Oktober lalu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai 'pengkid'. Fatwa ini dikeluarkan setelah melihat gejala itu di kalangan remaja perempuan Islam di negara ini semakin membimbangkan.

Baru-baru ini, NGO bukan Islam, Katagender dan Food-not-Bombs mengadakan demonstrasi di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) bagi membantah keputusan majlis itu mengharamkan perlakuan 'pengkid'.


Inilah sebahagian daripada ragam sekumpulan manusia yang menyertai demonstrasi membantah keputusan MFK mengenai pengkid.

Banner yang ditulis dengan ayat-ayat dan kata-kata yang 'bodoh' diarak sambil mereka memekik dan melaungkan laungan yang entah apa-apa, menunjukkan betapa 'dungu' dan daifnya mereka ini. Yang menyedihkan lagi, banner dan laungan mereka mengandungi kata-kata kesat dan penghinaan terhadap institusi ulama. Penghinaan terhadap institusi ulama Malaysia bermaksud penghinaan kepada agama dan umat Islam di negara ini. Saya tidak dapat menerima kenyataan bahawa itu yang berlaku baru-baru ini!

Antara tagline dan kata-kata yang dikeluarkan dan dipaparkan sepanjang berarak ialah "Short hair,who care..STUPID FATWA EVERYWHERE", "Moral diri BUKAN penentu kestabilan masyarakat", "Tomboy is not A CRIME", "Keadilan untuk semua tanpa batasan", "Lawan SEMUA FATWA menindas perempuan" (banner utama) dan "Berhenti mengawal pemakaian, tingkahlaku dan pemikiran rakyat".

Berikut adalah beberapa video demonstrasi membantah fatwa tersebut.


Ragam dan reaksi peserta-peserta demonstrasi terhadap keputusan MFK


Exclusive Ivy Josiah, Executive Director of Women's Aid Organisation on Fatwas & Women.


Exclusive Masjaliza Hamzah, Programme Manager Research and Publication, Sisters in Islam and Fahda Nur, Syariah Counsel on the recent 'tomboy' fatwa.

APA ITU FATWA & KEPUTUSAN FATWA?

1] Keputusan Fatwa dari segi bahasa bererti memberi jawapan atau penjelasan bagi sesuatu masalah agama. manakala dari segi istilah bermaksud penjelasan mengenai hukum syarak oleh Mufti bagi sesuatu masalah agama berdasarkan dalil syarak sebagai jawapan kepada sesiapa yang bertanya, baik secara sendirian atau berkumpulan.

2] Fatwa ialah keputusan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti dan telah diwartakan oleh kerajaan negeri bagi proses penguatkuasaan undang-undang.

Seharusnya difahami bahawa fatwa yang dikeluarkan oleh MFK hanya ditujukan kepada umat Islam. Fatwa ini juga tidak mengikat umat Islam sekiranya tidak diwartakan di peringkat negeri. Jadi, non-Muslim sepatutnya mengkaji dahulu apa itu fatwa sebenarnya. Ianya adalah urusan agama dan umat Islam, mengapa anda harus campur tangan?! Ini tidak, berdemonstrasi mengutuk institusi ulama tanpa mengetahui tujuan fatwa itu dikeluarkan.

PENGKID? TOMBOI? LESBIAN?

Mungkin banyak daripada kita, baik dari kalangan umat Islam itu sendiri mahupun non-Muslim yang masih tidak dapat membezakan pengertian sebenar pengkid, lesbian dan pengkid. Ini jugalah antara salah satu sebab mengapa mereka yang tidak mengetahui pembezaan antara tiga jenis kumpulan manusia ini mengadakan bantahan terhadap fatwa pengharaman pengkid.

Seseorang dikenali sebagai 'pengkid' apabila mempunyai ciri-ciri seperti berpakaian dan bergaya seperti lelaki (pakaian dan cara hidup), tubuh badan dan rambut sama seperti lelaki, menjalin hubungan dengan wanita sehingga ada yang bercinta dan melakukan seks, membengkung payudara, suka wanita cantik dan menganggap diri seperti lelaki yang boleh menjaga pasangan, terutama apabila diganggu.

'Tomboi' pula boleh dikenalpasti apabila seorang perempuan berperwatakan lelaki, ada perasaan terhadap lelaki, bukan lesbian (suka sesama jantina atau pengkid), minat terhadap aktiviti lasak dan mencabar dan ada sikap kasar atau ganas.

Perwatakan sama seperti wanita sejati, homoseks (suka sesama jantina), memiliki sikap cemburu dan menyukai wanita cantik pula adalah ciri-ciri seorang 'lesbian'.

MENCEMARI KESUCIAAN HAK KEMANUSIAAN DAN FITRAH KEJADIAN MANUSIA

Saya tidak pasti adakah dalam dunia ini ada mana-mana agama yang mengizinkan penganutnya yang perempuan menyerupai lelaki atau sebaliknya sehingga 'fatwa' tersebut dianggap menjejaskan hak mana-mana agama? Apatah lagi jika hukum tersebut hanya ditujukan kepada kepada umat Islam semata-mata. Atau mungkin mereka merasakan bahawa hukum itu mencacatkan hak asasi manusia. Saya pun hairan apakah termasuk dalam hak manusia untuk menukar jantina? Pada kaca mata aliran liberal yang tidak mengira agama atau keinsanan, ya mungkin itu satu hak. Tetapi pada fitrah insani yang sejahtera, perkara itu mencemarkan hak manusia pada hakikat yang sebenarnya.

Firman Allah SWT dari Surah At-Tin, ayat ke-4 yang bermaksud: "Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia sebaik-baik kejadian." Kita telah diciptakan oleh-Nya dengan sebaik-baik kejadian, dengan seelok-elok rupa dan sebijak-bijak otak dan akal, mengapa harus pula kita ubah hakikat kejadian diri kita ini? Sesungguhnya ini semua adalah sunnatullah.

Sahabat-sahabat Muslimin, suka saya ingin membawakan suatu riwayat dari Ibnu Abbas RA bahawa beliau berkata, "Rasulullah telah melaknat laki-laki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai laki-laki." (Riwayat Bukhari)

Laknat di sini membawa maksud terusir atau jauh dari rahmat Allah SWT dan meniru dalam hal ilmu dan pemikiran, maka itu suatu perkara yang baik dan tidak dilarang.
Dari Salim Bin Abdullah dari bapanya, belia berkata, "Telah bersabda Rasulullah, "Ada tiga golongan manusia yang tidak akan dipandang oleh Allah pada hari kiamat; Orang yang durhaka kepada orang tua dan wanita yang menyerupai laki-laki, dan Dayuts (orang yang tidak punya rasa cemburu)" (Riwayat An-Nasai) Berkatalah Aisyah RA, "Rasulullah melaknat wanita yang meniru-niru laki-laki." (Riwayat Abu Daud)

AKIBAT

Individu yang bergelar Muslim atau sesiapa sahaja yang mempunyai walau sedikit asas pengetahuan agama Islam sekalipun pasti mengetahui bahawa hukumnya HARAM menyukai atau melakukan hubungan seks dengan manusia sesama jantina (homoseks). Hukum larangan tentang hubungan di luar tabi'i ini telah lama dinyatakan oleh Allah SWT dan Nabi SAW dalam al-Quran dan hadis.

Oleh sebab itu, fatwa yang dikeluarkan itu tidak sepatutnya kita pertikaikan lagi. Fatwa itu juga dianggap sebagai penguat kepada hukum yang telah sedia ada, dikeluarkan atas sebab masalah akhlak yang semakin teruk melanda dalam kalangan remaja di negara ini terutamanya umat Islam. Malah, Gabungan Pelajar Melayu Semanjung (GPMS) sendiri telah menyuarakan kebimbangan masalah ini berikutan gejala tidak senonoh ini makin menular dalam kalangan pelajar.

Secara psikologinya, adakah kita bersedia melihat seluruh zuriat keturunan kita nanti berkahwin hanya sesama jantina. Kemudian tidak wujud lagi sistem kekeluargaan murni. Gejala homoseksual secara umum dan yang melibatkan golongan pengkid akan mengakibatkan manusia berjangka hayat pendek (UNAIDS: 2000).

Bieber, 1976 menyatakan 90% lelaki homoseksual tidak mempunyai hubungan baik dengan bapanya. Bayangkan apabila golongan homoseks ini mengambil anak angkat, cara didikan anak-anak pasti menjadi kecelaruan berbanding ibu bapa heteroseksual (hubungan seks antara berlainan jantina). Anak-anak beribu bapakan homoseksual pula akan mengalami tekanan perasaan, kemurungan, rendah diri dan akhirnya membawa kepada penyakit-penyakit mental.

Jika dibenarkan wanita menjadi lelaki dan sebaliknya, maka hak kaum lelaki atau wanita akan tercemar. Jika atas nama hak manusia, apakah pada suatu nanti akan wujud tandas 'pengkid' dan tandas 'saudarai'?

HAKIKAT

Sewajarnya yang haram itu tetap haram, dan yang halal itu perlu dikatakan halal. Seharusnya perkara berkaitan agama harus dihormati dan tidak dicabar. Jangan kerana mahukan kebebasan wanita tanpa batasan, mereka sanggup mencabar agama Islam. Isu pengkid ini adalah isu umat Islam, merentasi pemikiran logik akal. Perletakkan hukum di dalam Islam bukan dikeluarkan mengikut individu, tetapi dengan 12 ambilan hukum yang lainnya. Manakala hukum haram yang telah disepakati oleh MFK, jatuh hanya kepada seluruh wanita muslim, bukan melibatkan golongan wanita bukan Islam.

Persoalanya, mengapa mahu mempertikaikan hukum Islam, yang mana mereka tiada kena mengena langsung dengan fatwa yang telah ditetapkan. Tindakan NGO-NGO bukan Islam yang bersungguh menentang kredibiliti MFK, jelas melanggar Perlembagaan negara di bawah Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Berdasarkan petikan berita, saya akui MFK tidak menyatakan maksud dan ciri-ciri pengkid secara jelas dalam fatwanya tersebut. Definisi pengkid yang diberikan adalah terlalu umum. Manakan tidak mereka yang tidak dapat membezakan antara pengkid, tomboi dan lesbian menjadi semakin bercelaru pemahamannya tentang ketiga-tiga jenis kumpulan manusia ini. Diharapkan dalam buletin MFK yang akan dikeluarkan kelak akan dinyatakan secara lebih terperinci mengenai pengharaman pengkid dan maksud pengkid itu sendiri.

Kepada para demonstrator, saya tahu perjuangan anda mahukan kebebasan kepada kaum wanita. Anda juga seharusnya tahu berkenaan retifikasi di dalam The Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women (CEDAW) yang tidak dilaksanakan kerana bertentangan dengan ajaran Islam. Hormatilah agama Islam, kerana orang Islam juga menghormati agama kalian.

1 comment:

Aurora Trading & Services said...

salam...eeee geli la tgk dierang pakai2 mcm tu...eeee