Dengan nama Allah yang Maha Pemurah yang Maha Pengasih.
Pagi ini merupakan pagi terakhir saya di bumi perantauan sebelum keberangkatan pulang ke tanah air dalam masa beberapa jam lagi. Bila teringatkan Terengganu, pasti akan teringatkan keropok. Bila teringatkan keropok, ada suatu hal yang mengingatkan diri ini tentang D & T.
Mari kita mentadabbur keropok dan bermuhasabah.

![]() |
| Keropok keping yang asalnya kering dan keras, apabila digoreng dalam minyak panas, terhasillah keropok yang OSEM. |
Ikhwah dan akhawat rahimakumullah,
Pak Mustafa Masyhur dalam bukunya Jalan Dakwah, menyebut bahawa wasilah umum dakwah tidak berubah, tidak bertukar ganti dan tidak melampaui tiga perkara ini :
Pak Mustafa Masyhur dalam bukunya Jalan Dakwah, menyebut bahawa wasilah umum dakwah tidak berubah, tidak bertukar ganti dan tidak melampaui tiga perkara ini :
- iman amiq atau iman yang mendalam
- takwin daqiq atau pembentukan yang rapi
- amal mutawasil atau usaha yang berterusan
Walau di mana jua sekalipun marhalah aktivitisme dakwah kita, wasilah umum dalam gerak kerja kita tetap seperti apa yang dinyatakan di atas. Pak Mustafa Masyhur mengingatkan kita bahawa tidak sah dan tidak benar kalau kita mengambil jalan ringkas dan tergopoh-gapah dalam memenuhi tujuan dan menyempurnakan tugas kita sebagai khalifah yang mentadbir bumi Allah ini dengan agama-Nya.
Bagi antum yang bersikap gopoh dan ingin cepat memetik buah dakwah sebelum masak, ingatlah pesanan daripada Pak Hassan ini.
Bagi antum yang bersikap gopoh dan ingin cepat memetik buah dakwah sebelum masak, ingatlah pesanan daripada Pak Hassan ini.
"Hai ikhwanul muslimin terutama yang gopoh daripada kamu. Dengarkanlah daripadaku satu kalimah yang tinggi yang berkumandang dari atas mimbar ini di dalam muktamar umum ini. Sesungguhnya jalan kamu ini adalah yang telah digariskan langkah-langkahnya, ditentukan batas-batasnya dan aku tidak mahu melanggar batas-batas itu. Aku telah yakin dengannya. Keyakinan yang sebenar-benarnya, bahawa itulah jalan yang paling selamat untuk mencapai tujuannya.
Ya, boleh jadi ia satu jalan yang panjang, tetapi di sana tidak ada jalan lain selain itu. Sifat kelakian tidak akan lahir kecuali dengan keberanian, ketekunan, kesungguhan dan amal usaha yang serius dan berterusan. Barangsiapa dari kalangan kamu yang hendak cepat dan gopoh memetik buah sebelum masak atau hendak memetik hasil sebelum masanya, maka aku tidak bersama dengannya sama sekali dan lebih baik baginya meninggalkan dakwah ini dan carilah dakwah yang lain. Barangsiapa yang bersabar bersama aku sehingga berkembang dan membesar benih itu lalu tumbuh pokoknya, baik buahnya sehingga tiba waktunya untuk dipetik dan diambil, maka ganjarannya terserahlah kepada Allah semata-mata. Kita dan dia tidak boleh lari dari dua kebaikan ini. Sama ada kita menang dan berkuasa atau mati syahid dan berbahagia."
Ikhwah dan akhawat rahimakumullah,
Marilah kita bermuhasabah, duduk sebentar beriman sejenak. Ambillah pengajaran daripada proses menghasilkan keropok goreng yang sangat best ini.
Marilah kita bermuhasabah, duduk sebentar beriman sejenak. Ambillah pengajaran daripada proses menghasilkan keropok goreng yang sangat best ini.
Iman amiq, ia digoreng dalam minyak panas.
Takwin daqiq, ia digoreng dengan penuh teliti, biarlah tidak hangus dan tidak pula tak cukup masak.
Amal mutawasil, ia asalnya kecut dan keras, tapi bila digoreng dengan sempurna, ianya menjadi rangup dan best.
Setialah di jalan D & T ini dengan menghormati wasilah-wasilah umum dakwah ini, nescaya hasilnya sangat OSEM!

No comments:
Post a Comment