Dalam banyak-banyak point luahan hati si hamba Allah tersebut, saya amat tertarik terhadap satu isu yang dibangkitkan oleh si hamba Allah tersebut, iaitu beliau mengadu bahawa beliau terkejut dan trauma selepas ditunjukkan satu atau beberapa video yang ganas, menayangkan babak-babak pembunuhan dan aksi kejam yang lain.
Video ganas? Babak pembunuhan dan kekejaman?
Mendengarkan cerita 'lawak' ini, saya mula memikirkan dan mencari-cari video mana yang kami selalu kami gunakan dalam program-program kami bersama mad'u, yang dikatakan mengandungi elemen keganasan dan kekejaman seperti mana dakwaan si hamba Allah tersebut.
Setahu sayalah, video yang paling ganas saya atau ikhwah lain pernah tayangkan dalam program kami bersama madu' ialah video-video yang berkisarkan isu Palestin atau realiti negara-negara Islam, yang dalamnya ada paparan babak-babak penindasan ke atas manusia, kekejaman penjajah terhadap orang-orang Islam dan seangkatan dengannya. Yang lebih ganas atau lebih kejam daripada itu, saya tidak tahu. Buntu saya memikirkan dan mencari video yang lebih ganas daripada video-video tersebut, namun tidak ketemukan juga.
Sebenarnya, timbul suatu rasa tidak puas hati terhadap dakwaan tersebut. Saya berusaha untuk berhusnul dzon (bersangka baik) terhadap dakwaan si hamba Allah itu, tapi tidak berdaya untuk berbuat sedemikian.
Nasib dan darah umat Islam
Adakah video-video Palestin dan nasib umat Islam sedunia seperti dikatakan mengandungi unsur keganasan dan kekejaman yang menyebabkan si plaintif trauma?
Wahai manusia budiman dan berakal sekalian, video yang kami tayangkan itu memaparkan nasib-nasib umat Islam, nasib saudara seagama kita!
Kami paparkan video kepada kalian kerana niat kami supaya kalian sedar dan insaf akan nasib saudara Islam kita di atas muka bumi ini. Bukannya untuk menakut-nakutkan atau mengajak kalian membalas balik kekejaman musuh kita terhadap kita dengan kekejaman atau keganasan juga!
Kami bukan orang yang berjuang dengan keganasan, tapi kami berusaha sedaya kami , dengan hati dan jiwa kami, berjuang mengikut tuntutan Allah dan sunnah para nabi dan rasul, membawa seruan kepada Islam sebenar dengan perasaan kasih sayang dan berhikmah, bukan secara tergesa-gesa atau dengan mengambil jalan singkat.
Sedarlah, itu ialah realiti! Realiti dan nasib umat Islam, saudara kita yang ditindas, yang dirampas hak kemanusiaannya!
Setiap titik darah dan nyawa mereka yang terkorban, semua itu adalah disebabkan kelalaian kita semua. Kita mementingkan diri sendiri, takut untuk memperjuangkan nasib saudara seagama dan malas untuk menghadapi keperitan dan pengorbanan.
Pembohong terbesar abad ini
Kalian ialah pembohong lagi pendusta kalau kalian katakan video yang kami paparkan kepada kalian mengajarkan keganasan dan kekejaman! Bagaimana mungkin kalian boleh katakan sebegitu rupa sedangkan pada waktu lapang dan rehat kalian, kalian punya masa lagi menonton cerita Rambo, The Expendables, Clash Of The Titans, Predators, Saw, Inception dan lain-lain?! Bukankah itu movie yang mengandungi unsur-unsur keganasan dan kekejaman juga? Bahkan semua itu hanyalah rekaan semata-mata, bukannya realiti.
Bila menonton video mengenai nasib umat Islam yang menyedihkan, kalian katakan ia membuatkan kalian trauma dan terkejut. Tapi bila beralih kepada action atau horror movie Hollywood, boleh pula kalian tonton tanpa rasa serba salah? Elok-elok sahaja tiada kesan sampingan bukan? Ternyatalah kalian ialah pendusta!
Inikah video-video yang menjadikan anda trauma atas nama keganasan dan kekejaman? Huh.
Moga Allah s.w.t. membukakan mata dan hati kita semua, supaya kita tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang peka terhadap nasib manusia yang tertindas di atas muka bumi Allah ini.
Permohonan maaf
Andaikata saya tersilap dan terlanjur, saya mohon keampunan. Kepada yang tidak berkenaan, kalian usah risau, tiada hutang antara kita. Kepada hamba Allah yang berkenaan, masih ada 'hutang' yang belum terlangsai. Hutang tersebut hanya akan terhapus, sehinggalah mata akal dan hati kalian terbuka serta merasai sendiri malangnya nasib umat Islam hari ini.
Andaikata saya benar, kembalilah ingat kepada Allah. Dan marilah bersama-sama kami untuk menyedarkan umat manusia pada hari ini akan nasib umat Islam sedunia. Ini bukan isu kemanusiaan semata-mata, bahkan ia melibatkan pengakuan iman dan islam kita.


No comments:
Post a Comment