Agak sukar bagiku hendak menerima hakikat bahawa Ramadhan baru sahaja berlalu pergi. Kedatangan Syawal kali ini pula tidak begitu ghairah disambut. Perasaan bercampur-baur sekali. Prestasi diri sepanjang sebulan Ramadhan yang lepas tidak memuaskan hati dan tidak mencapai target peribadi. Ditambah pula dengan suasana kelam-kabut untuk menyesuaikan diri sepanjang minggu pertama pengajian tahun kedua di IUT (institut universitaire de technologie). Adoyai, serba tidak kena...
Sesungguhnya Ramadhan pada tahun ini meninggalkan banyak kesan dan memori yang tak dapat kulupakan. Memulakan Ramadhan di tanah air di sisi keluarga tercinta selama hampir tiga minggu, tetapi kemudiannya mengakhiri Ramadhan dan meraikan kedatangan Syawal di perantauan, jauh dari keluarga dan saudara-mara, buat tahun kedua kalinya.
Pada minggu terakhir Ramadhan di Nice ini, ada suatu peristiwa yang begitu menyentuh hatiku. Suatu malam, aku berbuka puasa di masjid di centre ville (pusat bandar), berbuka bersama masyarakat Islam yang datangnya dari pelbagai negara dan bangsa serta warna kulit.
Aku memerhati satu-persatu orang yang berada di situ. Setiap tindak-tanduk dan ragam mereka yang hadir kulihat dengan pandangan yang tajam, penuh teliti. Ternyata kebanyakan daripada mereka ialah orang yang susah hidupnya. Aku kenal benar dengan orang yang sebegini rupa. Majoriti masyarakat Arab yang menetap di sini bukanlah warga tempatan asal sebenar. Mereka datang dari Maghribi, Tunisia, Algeria dan negara-negara Afrika Utara yang lain, meninggalkan kehidupan di negara asal yang penuh dengan kepayahan dan kemiskinan, berhijrah ke Eropah dengan harapan menjalani kehidupan yang lebih baik. Masyarakat Muslim Bosnia dan Russia yang berhijrah ke sini pula melarikan diri dari kehidupan di kampung halaman yang tidak aman, kehidupan yang tidak pernah sunyi dengan penindasan serta konflik etnik dan perang saudara. Beginilah perjalanan hidup masyarakat Islam di sini.
Melihatkan air muka mereka yang begitu teruja ingin berbuka puasa, hatiku berasa simpati akan nasib mereka. Mungkin kerana dapat menjamah makanan percuma dan agak mewah bagi mereka itulah membuatkan mereka gembira. Senario ini mengingatkan aku tentang majlis-majlis berbuka puasa yang diadakan oleh pihak masjid di Malaysia. Walaupun diberikan juadah berbuka percuma yang tidak seberapa mewahnya, masih banyak daripada kita yang begitu susah untuk mensyukuri dan berterima kepada pihak masjid. Lebih teruk apabila ada orang yang mengadu kepada pihak atasan majlis agama gara-gara hanya kerana juadah berbuka di masjid untuk para jemaah tidak mencukupi!
Selesai solat maghrib berjemaah, aku duduk bersendirian di ruang sebelah bilik imam, manakala jemaah lain meneruskan sesi makan dengan juadah yang lebih berat. Sebelumnya, kami hanya berbuka dengan beberapa biji kurma dan minuman susu. Aku berat hati ingin menyertai mereka. Terasa bersalah rasanya kerana mengada-ngada ingin berbuka secara percuma sedangkan masih ramai lagi yang berhak tidak berpeluang untuk merasai nikmat berbuka di masjid dan aku sendiripun sebenarnya tidak layak untuk berada di situ. Seolah-olah aku telah merampas hak mereka. Dan kerana itulah aku mengundur diri.
Dalam asyik melihat para jemaah menikmati juadah, tiba-tiba aku dikejutkan dengan kedatangan imam masjid yang menghampiriku. Setangkai kurma lalu dihulurkan kepadaku. Dengan keadaan yang masih terpinga-pinga, kusambut pemberian tersebut dengan tangan terbuka dan senyuman. Ya Allah, aku benar-benar terharu.
Suatu malam di bulan Ramadhan yang mungkin takkan kulupakan. Suasana berbuka bersama para jemaah masjid dan 'dihadiahkan' kurma oleh imam masjid amat menyentuh emosi aku. Keindahan Islam di masjid yang selama ini tidak kutemui di Malaysia, akhirnya kutemui di Perancis! Subhanallah.

No comments:
Post a Comment