Saudara-saudari yang dikasihi Allah s.w.t. sekalian,
Sebelum kedatangan dan ketika bulan Ramadhan, di masjid-masjid, surau-surau atau di mana-manapun, dalam khutbah Jumaat, ceramah-ceramah, tazkirah-tazkirah, solat-solat, atau apa-apapun bentuk majlis ilmu, para khatib, imam, ustaz dan sesiapapun pasti akan selalu membacakan kepada kita ayat ke-183, surah Al-Baqarah, iaitu:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ
Maksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."Aku percaya, ayat tersebut sangat sinonim dengan kita. Kerana ayat tersebut sentiasa diulang-ulang, maka tidak hairanlah banyak orang yang mudah menghafalnya seperti ayat-ayat lazim yang lain.
Perkataan "kutiba" yang digunakan beerti "diwajibkan". Perkataan "kutiba" juga banyak digunakan Allah s.w.t. dalam ayat-ayat yang lain. Sebagai contoh, dalam surah Al-Baqarah juga, ayat yang terdekat dengan ayat ke-183, iaitu ayat ke-178, Allah berfirman:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلۡقِصَاصُ فِى ٱلۡقَتۡلَى
Maksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu kamu menjalankan hukuman "qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh..."
Kemudian, dalam ayat ke-216, surah Al-Baqarah pula, disebutkan:
كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡقِتَالُ
Maksud: "Diwajibkan ke atas kamu berperang (berjuang)…"Dalam surah An-Nur, ayat ke-103, Allah s.w.t. menggunakan perkataan "كتب" dalam bentuk yang sedikit berbeza. Firman Allah s.w.t.:
Sebenarnya, lafaz "كتب" hanyalah salah satu daripada banyak lafaz yang digunakan oleh Allah s.w.t. dalam Al-Quran yang menunjukkan hukumnya wajib dalam melakukan sesuatu.إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ كَانَتۡ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ كِتَـٰبً۬ا مَّوۡقُوتً۬ا
Maksud: "...Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya."
Wahai ikhwan sekalian,
Walaupun Allah menggunakan lafaz yang berbeza, tetapi perkataan "kutiba" dan "kitaaban" membawa maksud yang hampir sama yang dapat kita fahami iaitu kewajipan.
Bila disebut "kutiba 'alaikumussiam..." (diwajibkan berpuasa), kita semua dengan taat menunaikan kewajipan berpuasa.
Bila disebut "kutiba 'alaikumulqisas...", adakah kewajipan melakukan hukuman qisas kita tunaikan?
Begitu juga bila disebut "kutiba ‘alaikumul qital...", adakah kewajipan berperang, berjihad ataupun berjuang di jalan Allah dalam erti yang sebenar juga kita tunaikan?
Dalam kewajipan menunaikan solat dan berpuasa, majoriti ummah Islam kita pada hari ini dapat menunaikannya tanpa banyak soal.
Namun demikian, secara sedar ataupun tidak sedar, dalam kewajipan yang lain, antaranya yang telah disebut seperti di atas, tidak banyak pula antara kita yang benar-benar menunaikan kewajipan yang telah ditetapkan atas kita, walhal penggunaan lafaz "kutiba" yang menunjukkan perintah wajib digunakan dan diulang oleh Allah s.w.t. dalam beberapa ayat yang telah disebutkan tadi.
Inilah hakikat kita dalam hal beragama pada hari ini. Diambil dan diamalnya sebahagian kewajipan, tetapi dalam masa yang sama, sebahagiannya yang lain ditolak dan diasingkan jauh-jauh dari cara hidup kita yang sebenar.

Dalam surah Al-Baqarah, ayat 208, Allah s.w.t. berfirman:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِى ٱلسِّلۡمِ ڪَآفَّةً۬ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٲتِ ٱلشَّيۡطَـٰنِۚ إِنَّهُ ۥ لَڪُمۡ عَدُوٌّ۬ مُّبِينٌ۬
Maksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya, dan janganlah kamu menuruti jejaklangkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata."
Kita bukanlah muslim yang mengamalkan cara hidup berpandukan hawa nafsu dan manusia tetapi kita ialah muslim yang benar-benar bersedia dan beramal terhadap kewajipan yang telah ditetapkan atas diri kita, baik dalam sekecil-kecil perkara mahupun sebesar-besar perkara.
Kita bukanlah pengkhianat kepada agama Allah, malah bukanlah juga pengkhianat kepada Nabi besar kita Muhammad s.a.w.
Moga Allah s.w.t. memelihara kita daripada penyelewengan yang membawa kita kepada kemurkaan Allah dan neraka-Nya.
Segala apa yang diajarkan oleh para rasul dan anbiya', serta para guru dakwah kita, turutilah ia dengan penuh sabar dan kesungguhan. Moga kita tergolong dalam golongan yang akan diberikan naungan oleh-Nya di dunia dan di akhirat kelak. Amin.

No comments:
Post a Comment