25 April 2010

Thank You, Your Purchase Is Complete

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga menempah tiket penerbangan pulang ke Malaysia!

Misi pertama menempah tiket flight gagal disebabkan masalah teknikal yang aku sendiri pun tidak tahu punca sebenarnya. Misi kedua yang baru sahaja dilaksanakan sebentar tadi barulah berjaya. Tadipun misi dilakukan dengan penuh debaran. Risau benar kalau tidak dapat pulang ke kampung halaman. Apalah aku nak jawab kepada peminat-peminat aku yang sudah lama menantikan kepulangan aku ke tanah air. Nasib baik berjaya. Syukur, alhamdulillah...

"Thank you, your purchase is complete"

Kepada Abah, Ummi, adik-beradik dan saudara-mara di Malaysia, nantikan kepulanganku ke rumah kita syurga kita. Dalam baki dua bulan yang ada ini, carilah siap-siap dua atau tiga ekor lembu. Ali balik nanti, bolehlah kenduri tujuh hari tujuh malam. Kalau tak dapat lembu, ayam pun jadilah.

Kepada mereka di Malaysia yang mengenali diri ini, saudara-saudari bolehlah membuat tempahan ke atas diriku ini untuk undangan ke apa-apa program di Malaysia nanti - kenduri kahwin, lepak makan-minum, bermain futsal, shopping bersama-sama, melancong sama-sama, melawat sekolah dan banyak lagi. Tempahan bolehlah dibuat sekarang. Apa-apapun, seruan yang berkaitan dengan Islam aku utamakan terlebih dulu. So, kalau mana-mana permintaan yang tidak dapat aku penuhi, aku mohon maaf ya?

Kepada Emirates, tolonglah jangan buat hal di airport nanti. Tolonglah bagi aku pulang ke Malaysia. Aku nak balik!

Allahu Allah, aku bersyukur kepada-Mu.

4 comments:

Anonymous said...

transit lame cam ape je

IM said...

ade jek transit yg kejap tapi sebabkan kawan, nak balik sama2, ikutlah diorg sekali. biarlah transit lame. lagi lame transit, lagi byk mase nak lepak same2 =)

Nadhirah Ahmad said...

naik etihad ke.

IM said...

naik fly emirates. fly, fly, fly high~ =)