Pada 10 hari bulan yang lepas, kami, pelajar-pelajar Malaysia tahun pertama IUT Nice, seramai 28 orang telah menyertai Hari 'Nice Accueil Ses Etudiants' yang telah diadakan oleh Crous Nice Toulon, l’Université et la Face 06 dan Nice Ville.
Pada sebelah pagi, kami bersama Madame Campion, pensyarah kami, telah menyertai satu pertandingan, ala-ala permainan 'treasure hunt', yang mana kami ditugaskan untuk menjawab beberapa enigmes (teka-teki), yang mana setiap jawapan kepada enigme tersebut akan membawa kami ke beberapa check point tertentu.Yang menariknya, kehadiran kami sebagai orang asing di tengah-tengah lautan pelajar tempatan, telah menarik perhatian pihak televisyen tempatan, iaitu France 3 untuk membuat liputan tentang penglibatan kami dalam karnival tersebut.
Dan yang paling menariknya, kami muncul dalam berita perdana France 3!!! (Sila klik link di bawah untuk melihat video)
Pada malamnya, program diteruskan pula di kelab malam tapi kebanyakan pelajar Malaysia tidak ke sana. Biasalahkan, pelajar Malaysia kan bagus, tak biasa berkunjung ke tempat-tempat macam itu. Alhamdulillah (^,^)
Dengar kata kami menang hadiah tapi sampai sekarang belum ada lagi keputusan rasmi. Tertunggu-tunggu kami dibuatnya. Emm, tak mengapalah, kami sabar menunggu. Hari itu pasti akan tiba. Hehe...
Dengar kata kami menang hadiah tapi sampai sekarang belum ada lagi keputusan rasmi. Tertunggu-tunggu kami dibuatnya. Emm, tak mengapalah, kami sabar menunggu. Hari itu pasti akan tiba. Hehe...
Perhatian: Video berkemungkinan tidak dapat dilihat kerana pengunjung terlebih dahulu perlu memuat turun 'Silverlight' application.
No comments:
Post a Comment