1. Alhamdulillah, pertamanya bersyukur saya kepada Ilahi kerana saya masih lagi diberi nikmat iman dan Islam, seterusnya diberi sekali lagi kesempatan untuk menulis sesuatu yang insyaAllah, harapnya bermanfaat buat semua. Yang keduanya, saya bersyukur kerana saya diberikan rezeki oleh-Nya untuk menjejakkan kaki di bumi Perancis buat pertama kalinya dalam hidup saya ini, iaitu saat dan pengalaman manis yang tidak semua manusia dapat lalui. Setelah mengharungi hari yang begitu panjang, lebih daripada 24 jam berada di dalam kapal terbang dan di lapangan terbang, rasa kepenatan tidak begitu terasa kerana saya begitu teruja dan gembira dapat berdiri di atas muka bumi Nice Cote d'Azur ini. Walaupun ianya tempat yang sangat asing bagi saya, namun ia amat menarik bagi saya.
2. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada keluarga saya, saudara-mara saya, guru-guru, pensyarah-pensyarah, sahabat-sahabat, dan juga kepada mereka yang telah banyak membantu saya baik secara langsung mahupun secara tak langsung, yang tidak dapat saya namakan mereka satu-persatu di sini. Terima kasih juga kepada mereka yang menghantar SMS kepada saya, yang banyak memberi nasihat dan panduan sebelum saya berangkat ke luar negara. Kepada semua juga saya ingin memohon kemaafan andai kata ada tutur bicara dan tingkahlaku saya yang kurang baik pada pendengaran dan pandangan mata anda, ataupun ada yang mengguris hati perasaan anda. Sekali lagi, saya mohon kemaafan...
3. Sebelum berangkat ke luar negara, ada dua perkara yang agak menarik yang telah berlaku di Malaysia yang mahu saya kongsi bersama sahabat pembaca semua. Pertamanya, semasa dalam perjalanan ke KLIA, di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, kenderaan yang dinaiki saya dan sekeluarga (Toyota Unser) telah dilangggar dari belakang, menyebabkan Unser kami terbabas dan menggelongsor keluar dari jalan.
Bersyukur sangat-sangat kerana kenderaan kami betul-betul berhenti daripada menggelongsor kira-kira satu kaki dari sebatang pokok. Kalaulah terlanggar pokok tersebutnya, alamatnya tidak sempat naik flight-lah nampak gayanya saya nanti. Kami lega kerana kami terselamat dan tiada kerosakan teruk pada kenderaan kami tetapi yang paling menyakitkan hati kami adalah pemandu yang melanggar kami tersebut (pemandu Myvi putih) tidak berhenti dan meminta maaf daripada kami langsung. Sakit hati betul! Jelas kami telah menjadi mangsa langgar lari. Yang menyedihkan lagi, tiada seorangpun yang datang memberi pertolongan kepada kami, baik pengguna jalan raya mahupun orang-orang di sekitar kawasan tersebut. Masing-masing buat hal sendiri, tidak mempedulikan kami yang terpinga-pinga dek terkejut dilanggar lari ini. Terpaksalah kami lima beradik, lelaki dan perempuan yang berbaju kurung menolak Unser keluar dari terus terperangkap dalam lumpur (ketika itu hari hujan). Bersabarlah kami dengan memakai pakaian yang bercorakkan tompokan lumpur itu sampai ke airport.
Yang keduanya, dua kali bagasi kargo saya terpaksa dikeluarkan kandungannya kerana terlebih muatan. Dengan berat maksimum sebanyak 32 kilogram, akhirnya lepas juga bagasi tersebut ke dalam kargo. Huhu...
4. Kami semua ditempatkan di rumah keluarga angkat masing-masing (famille d'accueil) yang mana hampir kesemua rumah adalah saling berdekatan kecuali rumah saya (rumah paling jauh dari Alliance Francaise). Saya dan Syed Mohammad (housemate) diletakkan di bawah jagaan Madame Bernadette Van Suyt bersama-sama dengan Saiki, seorang jejaka dari Tokyo dan juga Thanida, seorang gadis cantik dari Bangkok ;-).
5. Perkara yang paling saya suka tentang Madame Bernadette ialah beliau seorang yang sangat perihatin dan penyayang. Makan minum kami dipastikan halal (katanya), kemudahan 'istimewa' internet yang senior-senior kami tidak sempat rasai dahulu dapat kami nikmati di sini, urusan bank diuruskannya tanpa kami pinta dan setiap kali kami mahu ke kelas, beliau iringi kami sampai ke pintu rumah. Yang paling sedapnya, semasa waktu makan malam (le diner), beliau menghidangkan kami begitu banyak makanan dan lauk. Memang benar-benar berisi perut kami dibuatnya. Tapi di setiap perkara yang baik, pasti ada perkara yang buruk juga. Bila banyak makan, mesti banyak buang air besar juga kan? Bila banyak buang air besar, banyak beristinjak pakai tisu. Bila banyak beristinjak pakai tisu, banyak pula masalahnya. Leceh la, tak yakin suci la. Haha :-D Apa boleh buat, sudah menjadi kegemaran orang putih beristinjak pakai tisu. Haha.. Tapi jangan risau, insyaAllah kami akan membiasakan diri kami dengan tisu tandas secepat mungkin (n_n)
6. Saya bertuah dan merasa bersyukur kerana dapat berada di Nice kerana Nice ialah satu bandar antarabangsa, bandar yang sangat menarik untuk dilawati, bandar yang menjadi tumpuan orang luar dari seluruh dunia untuk datang ke sini, samada untuk melancong, bekerja mahupun belajar. Di sini, kami bertuah kerana dapat merasa nikmat sinaran matahari di siang hari seperti di Malaysia. Di sini cerah dengan mentari tetapi suhu persekitaran masih sejuk (sekitar 15-20 darjah celcius), berbeza dengan Malaysia. Di Malaysia, cerah dan panas. Tapi bila dah masuk summer nanti, mungkin keadaan akan berubah. Kata senior, ketika summer, di sini cuacanya sangat panas dan kering tanpa angin. Di Malaysia, walaupun panas terik, kadang-kadang angin yang bertiup sedikit sebanyak dapat mengurangkan kehangatan dan memberikan kelegaan. Walauapapun, kami masih lagi sihat sejahtera dan masih lagi dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di sini dengan baik.
Sekian, wallahualam.

No comments:
Post a Comment